Thursday, 28 April 2016

Patutlah Dr. Juanda Jaya Dipilih Sebagai Calon BN.. Ini Sebabnya

Patutlah Dr. Juanda Jaya dipilih sebagai calon BN.. ini sebabnya. Calon BN bagi kerusi DUN Jemoreng, Dr. Juanda Jaya merupakan agamawan yang luar biasa dan mempunyai ciri-ciri yang Sarawak mahukan, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana bekas Mufti Perlis itu boleh menyumbang kepada wawasan progresif Adenan untuk Sarawak — negeri yang terkenal tegas berpendirian sekular.

“Beliau (Juanda) seorang ustaz moden. Beliau bukan seorang yang berfikiran sempit, tidak berlagak alim, berpandangan luas dan sangat liberal. Ciri-ciri ustaz yang kita mahukan.

“Beliau ustaz yang kata kamu boleh buat apa yang kamu mahu, teruskan, dan menyarankan cara untuk melakukannya. Beliau bukan jenis yang semuanya haram, haram, haram.

Patutlah Dr. Juanda Jaya dipilih sebagai calon BN.. ini sebabnya. “Lagipun, sudah menjadi tradisi PBB salah seorang ahlinya sepatutnya seorang yang warak,” kata Adenan dalam sidang media malam tadi.

Pada 12 April lalu, Adenan mengumumkan Dr. Juanda Jaya akan mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk kerusi DUN Jemoreng dalam pilihan raya Sarawak 7 Mei depan.

Dr. Juanda Jaya, yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, menerima pencalonan itu sebagai satu penghormatan, dan berikrar akan bekerja keras menjayakan aspirasi Adenan.

Kerusi Jemoreng sebelum ini disandang Gani @ Abu Seman Jahwie, juga daripada parti yang sama. Kerusi ini dianggap kerusi selamat BN. Gani meraih 77.6 peratus undi dalam pilihan raya lalu, lapor FMT.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...