Wednesday, 20 April 2016

Patutlah Christoph Mueller Mahu Berundur Dari MAS.. Baca Warkah Beliau

Patutlah Christoph Mueller Mahu Berundur Dari MAS. Hari ini saya ingin mengumumkan keputusan ikhlas yang saya ambil untuk meninggalkan Malaysian Airlines Berhad pada akhir September 2016.

Ini adalah atas sebab-sebab peribadi yang berada di luar kawalan saya. Untuk memudahkan proses peralihan tugas yang lancar, maka pihak Lembaga telah melantik Peter Bellew, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif kami sebagai Pengarah Lembaga berkuatkuasa hari ini.

Saya berharap agar dapat terus berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah non-eksekutif untuk sedikit masa lagi, tertakluk kepada kelulusan, untuk memastikan kami terus kekal fokus dan bertindak atas landasan yang betul.

Saya juga dengan sukacitanya memaklumkan bahawa syarikat ini kini sedang mengorak kemajuan yang sangat baik dan kita berada di landasan yang bertepatan dengan perancangan kami.

Kami telah membentangkan laporan kewangan kami untuk tiga bulan yang pertama 2016, prestasi masa kini kami juga menunjukkan peningkatan dan stabil, sekaligus ini memulihkan kembali indeks perkhidmatan pelanggan kami dengan kemajuan yang lebih ketara.

Patutlah Christoph Mueller Mahu Berundur Dari MAS. Seperti yang kita sendiri telah lihat bahawa terdapat keuntungan pada bulan Februari dan kami juga lebih ke depan berbanding belanjawan yang mana ianya memberi petunjuk yang lebih jelas bahawa inisiatif pemulihan kami menunjukkan hasil kemajuan yang lebih pantas dari yang dijangka.

Oleh itu, saya berasa amat sedih untuk meninggalkan sebuah syarikat yang akhirnya menjadi bukti bahawa usaha kita bersama telah membuahkan hasil.

Saya ingin melahirkan rasa penghargaan yang tidak terhingga dan saya cukup berbangga untuk diberi peluang bekerja bersama anda semua, dan saya mengucapkan terima kasih untuk kerja keras dan usaha anda semua yang akhirnya membantu kita untuk sampai ke tahap ini, pada hari ini.

Kita telah berjaya dalam bekerja sebagai satu kumpulan dan tahu bahawa kita boleh lakukannya! Saya yakin berdasarkan apa yang telah kita capai pada hari ini, syarikat ini kini berada pada landasan yang tepat untuk berjaya dalam fasa pertumbuhan yang seterusnya di bawah kumpulan pengurusan yang komited.

Patutlah Christoph Mueller Mahu Berundur Dari MAS. Saya akan mengendalikan beberapa sesi dialog dalam masa beberapa hari ini untuk berkongsi dengan anda semua tentang kemajuan yang telah kita capai daripada pelan pemulihan kita dan bakal menjawab apa sahaja soalan yang mungkin akan anda tanya.

Saya akan terus komited untuk melakukan apa sahaja yang mungkin untuk memudahkan proses pemulihan berterusan Malaysia Airlines dan akan meneruskan tugas ini untuk enam bulan yang akan datang di atas kapasiti saya sebagai eksekutif.

Penerbangan ini telah distruktur dan diubah kembali untuk mengembalikan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan penerbangan nasional yang teratas, yang boleh kita banggakan.

Kita perlu terus berjuang!
Diterjemah oleh: KKMM




1 comment:

  1. Misleading title.. apa ke jadah..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...