Wednesday, 27 April 2016

Patutlah Berlaku Pertembungan DAP Dan PKR di PRN Sarawak.. Ini Puncanya

Patutlah berlaku pertembungan DAP dan PKR di PRN Sarawak.. ini puncanya. Perbalahan berlaku kerana PKR tidak boleh terima kenyataan parti itu tidak popular di lima daripada enam kerusi yang menjadi pertikaian dengan DAP, tegas pemimpin parti Roket di sidang media hari ini. 

Sikap PKR itu mengecewakan lantaran parti itu yang mendesak tinjauan diadakan, sebagai sandaran untuk menguatkan tuntutan masing-masing dalam rundingan pengagihan kerusi. 

Bagaimanapun, tinjauan Merdeka Centre itu mendapati DAP lebih popular dalam kalangan pengundi Dayak dan Cina di kerusi Batu Kitang, Senadin, Simanggang, Tasik Biru dan Bukit Simuja.

PKR sekadar popular di Mambong. 

Menurut Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke, partinya bagaimanapun menawarkan pakej Batu Kitang, Marudi dan Machan kepada PKR meskipun hasil tinjauan menyebelahi Roket. 

Menceritakan turutan peristiwa kepada media, Anthony berkata tinjauan itu pertama-tamanya dicadangkan oleh Naib Presiden PKr, Tian Chua. 

Patutlah berlaku pertembungan DAP dan PKR di PRN Sarawak.. ini puncanya. Mengesahkan dakwaan itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata DAP sebenarnya tidak berminat mengadakan tinjauan itu atas faktor kewangan. 

“Saya tanya, ‘Betul kamu mahu tinjauan dibuat? Dan kamu akan akur dengan hasilnya?’ 

“Mereka jawab, ‘Jangan bimbang, kami akan patuh’,” menurut Tony menceritakan jaminan PKR bahawa hasil tinjauan itu akan dipatuhi mereka. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata DAP bukan parti yang tamak walaupun bertanding di kerusi yang ditandingi PKR. 

“Kami mahu tumpu pada Simanggang kerana tinjauan menunjukkan kami popular di situ.” 

Sidang media bersama itu diadakan susulan pengumuman PKR dan DAP bertembung di enam kerusi, iaitu Batu Kitang, Mulu, Simanggang, Mambong, Murum dan Ngemah. 

Anthony mendakwa DAP sebenarnya bersedia mengundurkan diri daripada Batu Kitang sekiranya PKR berbuat sedemikian di lima kerusi lain. 

Namun, Anthony berkata sekarang sudah terlambat untuk berbuat demikian, lapor FMT.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...