Saturday, 2 April 2016

Kejutan Buat Presiden PAS.. Saksikanlah

Sempena tunjuk perasaan anti-Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) esok, PAS Selangor menyalakan lampu hijau kepada ahlinya yang mahu menyertai demonstrasi itu.

“Isu ini bukan isu politik, tapi isu rakyat. Masalah GST bukan orang PAS sahaja, PKR, DAP juga kena malah, orang UMNO pun kena,” kata Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Samad ketika ditemui pemberita di luar Masjid Al-Azim, hari ini.

Dalam tunjuk perasaan-tunjuk perasaan sebelum ini, PAS dilihat sebagai penggembleng penting memastikan jumlah kehadiran Bumiputera beragama Islam yang besar.

“Kita lakukan bantahan di sini untuk kita ingatkan rakyat betapa zalimnya GST. Yang kita bimbang adalah setelah setahun GST dilaksanakan, rakyat lupa tentang GST. Lebih cepat kita turunkan kerajaan BN, lebih cepat rakyat dapat hidup sejahtera,” ujar beliau lagi.

Dalam demonstrasi yang diadakan, kira-kira 20 orang yang terdiri daripada ahli PAS hadir pada perhimpunan itu bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berlaku.

Demonstrasi anti GST akan bermula esok di empat tempat berkumpul utama iaitu di Masjid Kampung Baru, Jalan Sultan, Pasar Seni serta Sogo, dan sebelum jam 2 petang peserta akan berarak ke Dataran Merdeka.





3 comments:

  1. Apa2 pun dia nak anjur..dia nak jd kepala..org lain tak layak anjur...org lain tak layak mengetuai apa2 acara. Org lain dijemput dtg kalau mereka yg buat sesuatu acara. Tapi ingat..kalau org lain cuba mendahului mereka..maka mereka ada hak tak perlu dtg malah tak perlu layan jemputan org lain.

    Itulah perangai pemimpin pas yg ada kini.

    ReplyDelete
  2. macam kanak kanak main cup cup aci lut saja ( main sorok soroklah ), macam suatu kala dulu ada iklan biskut chipsmore - sekejap ada sekejap tak ada, Jangan haraplah BN nak tumbang.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik masih ada peminpin yang cerdik.insyallah hanya Pas Selangor sahaj yang akan mendapat sokongan rakyat.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...