Tuesday, 26 April 2016

Pakatan Harapan Parti Celaru.. Ini Buktinya

Pakatan Harapan Parti Celaru.. Ini Buktinya. Tan Sri Adenan Satem menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai parti yang bercelaru ekoran bertembung sesama sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak itu berkata, beliau percaya pembangkang telah gagal mencapai persetujuan apabila kedua-dua parti berkenaan bertanding di kerusi yang sama atau meletakkan calon bebas untuk menentang sesama sendiri.

“Ini menunjukkan wujud kecelaruan antara mereka,” katanya lapor portal Pro Barisan Nasional, bnbbc.my.

Katanya, ketidakfahaman antara kedua-dua parti pembangkang itu telah menyebabkan berlakunya pertembungan itu.

Pakatan Harapan parti celaru.. ini buktinya. Maklumat awal menunjukkan PKR bertembung dengan DAP di beberapa kawasan seperti Batu Kitang, Mulu, Simanggang dan Mabong.

Kedua-dua parti itu mengemukakan pencalonan masing-masing di Murum, lapor FMT.



1 comment:

  1. BN bakal bolot semua kerusi DUN dan Parliment diSarawak. Bila dah Sarawak semua dibolot BN, nasib Malaysia bakal cerah diperintah rejim Najib/Rosmah. Betul2 kecewa.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...