Wednesday, 20 April 2016

Padah Menanti Pembangkang Di PRN Sarawak

Padah Menanti Pembangkang Di PRN Sarawak. Tinjauan yang dilakukan Merdeka Centre menjelang pilihan raya negeri Sarawak mendapati kira-kira 81% responden berpuas hati dengan prestasi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Hasil tinjauan itu, yang dijalankan pada Januari, juga mendapati sokongan terhadap Adenan merentasi semua kumpulan masyarakat telah meningkat daripada 74% berbanding hasil satu tinjauan yang dijalankan tahun lepas. Kumpulan yang ditinjau termasuk pengundi Melayu-Melanau, Dayak dan Cina.

Kira-kira 75% responden dalam tinjauan terbaharu itu bersetuju Adenan telah membawa perubahan yang besar pada Sarawak sejak beliau diberi amanah memegang tampuk pemerintah pada Februari 2014, dengan 19% responden etnik Cina mengiktiraf usaha Adenan dalam pendidikan, khususnya pengiktirafan yang diberikan kerajaan negeri kepada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Tinjauan bagaimanapun menunjukkan beberapa dasar yang dilaksanakan Adenan mengundang perasaan campur-baur dalam sekumpulan responden, termasuk mengizinkan penganut Christian menggunakan kalimah “Allah”, menghentikan pembinaan projek empangan Baram, serta menghalang kemasukan beberapa ahli parti-parti pembangkang dan personaliti NGO.

Padah menanti pembangkang di PRN Sarawak.Sementara itu, hanya 36% responden berpuas hati dengan prestasi ahli politik pembangkang, 47% tidak berpuas hati dengan pembangkang Sarawak, dan kurang daripada satu pertiga responden Bumiputera berpuas hati dengan pembangkang.

Tinjauan turut mendedahkan lebih dari separuh responden etnik Cina tidak sedar siapa Ketua Pembangkang Sarawak yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian.

Manakala 37% responden etnik Cina dan hampir separuh responden Bumiputera tidak sedar siapa Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

“Meskipun angka kepuasan hati yang rendah buat pembangkang dan pimpinannya, tinjauan yang sama mendapati majoriti, 56% daripada responden bersetuju Sarawak perlukan pembangkang yang kuat dalam Dewan Undangan Negeri.

“Pada pendapat kami, meskipun Adenan mendapat kadar berkenan yang kuat dalam kalangan pengundi, tidak semua daripadanya bererti undi untuk BN.”

Padah menanti pembangkang di PRN Sarawak.Tinjauan mengukur persepsi 815 pengundi berdaftar yang mencerminkan profail pengundian di Sarawak iaitu terdiri daripada 27% Bumiputera beragama Islam, 38% Bumiputera bukan beragama Islam dan 36% etnik Cina, lapor FMT.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...