Friday, 29 April 2016

Netizen Kutuk Logo DBKL RM15,000

Netizen kutuk logo DBKL RM15,000. Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membelanjakan RM15,000 untuk logo pelancongannya dikritik netizen di laman sosial.

Seorang pengguna laman sosial di Instagram menyindir tindakan DBKL itu, kerana berpandangan harga logo itu tidak masuk akal, disebabkan terlalu mahal.

“Anda mahu mereka logo untuk membuat kad nama, tetapi tidak ada masa untuk buat? 

Mari dapatkan logo dan reka bentuk kad nama dalam masa lima minit sahaja. Hanya RM50,000 termasuk mencetak 500 salinan. Reka bentuk kad nama itu pastinya mengejutkan anda. Cepat dapatkan segera. Permintaan sangat terhad,” kata Liyin Yeo di Instagram.

Dalam pada itu, tindakan DBKL itu turut mendapat kritikan pengguna Facebook.

“Dengan harga RM15,000, budak sekolah pun boleh buat reka bentuk seperti logo pelancongan DBKL,” kata Thiru Senthan.

“Logo DBKL itu boleh buat dalam power point dengan harga percuma. Ini tak lain ada unsur rasuah,” kata Michel Wright.

“Logo macam itu RM15,000. Idea sampah daripada DBKL,” kata Lenny Carey.

Netizen kutuk logo DBKL RM15,000. Menurut laporan Malay Mail Online, DBKL mengesahkan telah membelanjakan RM15,000 untuk logo pelancongannya dan tidak merancang untuk mengubahnya, sekalipun mendapat maklum balas negatif daripada orang ramai, kerana beliau mendakwa bajet itu telah dikurangkan.

Daripada RM2.6 juta itu, sebanyak RM15,000 dibelanjakan untuk panduan jenama, termasuk membuat logo, slogan, penghuraian, sebab dan strategi.

Pengurus Besar Biro Pelancongan DBKL, Noraza Yusof menjelaskan, RM2.6 juta telah diperuntukkan untuk langkah penjenamaan yang merangkumi pertunjukan jalan, barangan media dan aktiviti promosi lain.

“Kami perlu mendidik orang ramai supaya mereka memahami jenama itu terlebih dahulu. Logo itu baru dilancarkan beberapa hari lalu,” katanya sambil menambah, biro itu mengalu-alukan sebarang kritikan terhadap reka bentuk logo berkenaan.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...