Friday, 15 April 2016

Mulai 1 Julai Penjawat Awam Tersenyum Lebar?

Mulai 1 Julai Penjawat Awam Tersenyum Lebar?Sebanyak 252 skim perkhidmatan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia ditambah baik berkuat kuasa 1 Julai ini, demikian menurut Pekeliling Perkhidmatan Awam.

Penambahbaikan skim perkhidmatan itu yang membabitkan 1.6 juta penjawat awam dibuat berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2016.

Antara penambahbaikan itu ialah faedah pemindahan gaji penjawat awam bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred mulai 1 Julai ini,.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia yang dimuat naik dalam laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di www.jpa.gov.my.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 itu turut memaklumkan penambahan lapisan gred kenaikan pangkat bagi skim perkhidmatan Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional bermula Gred 11 hingga 54, dengan gaji permulaan terendah Perkhidmatan Awam yang baharu sebanyak RM1,200 sebulan.

Selain itu, terdapat penambahan Lapisan Gred Kenaikan Pangkat Bagi Skim Perkhidmatan Berkelayakan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)/PMR yang mempunyai dua lapisan gred iaitu Gred 11 dan Gred 14 kini ditambah dua lagi lapisan gred baharu iaitu Gred 16 dan Gred 18.

Mulai 1 Julai Penjawat Awam Tersenyum Lebar?

Bagi skim perkhidmatan berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai dua lapisan gred, iaitu Gred 17 dan Gred 22 ditambah dua lagi lapisan gred, iaitu Gred 26 dan Gred 28.

Bagi penambahan Lapisan Gred Kenaikan Pangkat Bagi Skim Perkhidmatan Berkelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Diploma pula terdapat tambahan dua lapisan gred baharu, bagi STPM Gred 27 dan Gred 32, dan diploma pula ditambah lapisan Gred 36 dan Gred 40.

Bagi Skim Perkhidmatan Berkelayakan Ijazah yang mempunyai dua lapisan gred iaitu Gred 41 dan Gred 44 ditambah tiga lapisan baharu sehingga Gred 54.

Di bawah penambahbaikan itu, kerajaan memutuskan supaya Gred 17 dan Gred 19 diseragamkan kepada Gred 19, manakala Gred 27 dan Gred 29 diseragamkan kepada Gred 29.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016, pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan amaun satu kenaikan gaji tahunan (KGT) layak diterima oleh pegawai bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik dan sedang berkhidmat pada 1 Julai ini di bawah skim SSM, SSB dan Laporan Gaji JKK 1976 mengikut kadar kenaikan gaji tahunan gred jawatan asal.

Mulai 1 Julai Penjawat Awam Tersenyum Lebar?

Rasionalisasi skim perkhidmatan ini tidak melibatkan sebarang perubahan elaun dan kemudahan mengikut pekeliling perkhidmatan/surat pekeliling perkhidmatan/surat edaran/surat pelaksanaan yang berkuat kuasa.

Bagaimanapun, penetapan kadar elaun dan kemudahan berkenaan adalah tertakluk kepada gred jawatan baharu pegawai, menurut pekeliling berkenaan, lapor Bernama.

Lihat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 di SINI.







6 comments:

  1. Pilihanraya semakin hampir.

    Tapi jangan terkejut kos sara hidup akan bertambah.

    2x5

    Pekerja swasta?

    ReplyDelete
  2. Tersenyum sumbing...
    Kena faham, hanya perubahan nama gred/jawatan (sahaja)
    bukan melibatkan habuan gaji atau elaun.
    Xde yang menariknya pun.

    ReplyDelete
  3. 1.6 juta undi akan diperolehi umno-bn untuk pru14 ....!!!!! U HELP ME, ME HELP U ....!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Elehh....naik satu kenaikan saje la bro.. klu gred 41, lebih 250 aje sebulan... surat khabar aje yg tulis lebeh2... jauh dari 2.6 bilion yg masuk akaun abang kita turrr...

    ReplyDelete
  5. Untungla jadi penjawat awam.. huhu

    ReplyDelete
  6. sepatutnya jumudkan gred 11-14...gantikan degan gred 16-18...yang sedia ada gred 11 ke 14 pun sekurangnya 13 tahun baru layak kenaikan pangkat..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...