Thursday, 21 April 2016

Muhyiddin, Shafie Afdal Pasang Perangkap Pada Najib

Muhyiddin, Shafie Afdal pasang perangkap pada Najib. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal sengaja mencabar Lembaga Disiplin parti UMNO untuk memecat mereka dengan mengadakan jelajah Selamatkan Malaysia mendesak Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, usaha itu bagi menampakkan Najib lebih kejam di mata rakyat apabila kedua pemimpin itu dipecat dari parti.

“Mereka saja (buat jelajah Selamatkan Malaysia kritik Najib) bagi mengundang diri mereka dipecat supaya nampak Najib ini sebagai Presiden UMNO yang jahat.

“Mereka (Muhyiddin dan Shafie) orang lama, mereka tentu tahu apa kesan yang akan diterima sekiranya mengkritik Presiden, tapi mereka terus buat (kritik Najib) jadi bermakna mereka memang mahu disingkirkan secara rasmi,” katanya kepada FMT.

Muhyiddin, Shafie Afdal pasang perangkap pada Najib. Malah Ramlah turut menyifatkan, umpan Muhyiddin dan Shafie itu akan gagal kerana Najib individu yang matang dalam berpolitik dan tidak akan bertindak secara membuta tuli untuk menghukum.

“Bagi saya cara Najib berpolitik ialah cara politik orang pandai, dia tidak gopoh, dia akan biarkan dan akan menyelesaikan masalah dengan cara yang demokratik.

“Malah bagi saya Najib juga tidak perlu letak jawatan kalau kita dikritik tidak bagus, kecuali kita buat salah ada skandal, ini sudah terbukti Najib tidak bersalah,” katanya.

Muhyiddin, Shafie Afdal pasang perangkap pada Najib. Mengulas mengenai pendedahan yang dibuat secara berterusan oleh Muhyidin berhubung isu 1MDB, Ramlah berkata isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah membuktikan Najib tidak bersalah.

“Pihak 1MDB dan PAC sendiri kata kes ini sudah selesai dan Najib tidak bersalah,” katanya, lapor FMT.

Sungguh dahsyat pandangan daripada seorang profesor.. tak terjangkau oleh kita.




3 comments:

  1. Prof. Dr. Ramlah Adam puji untuk orang yg pandai tapi bukan untuk orang yg cerdik. Prof juga orang yg pandai tapi tak cerdik.

    ReplyDelete
  2. Kalau gini lah pandangan seorang Prop atau perjuang bahasa terhadap korupsi pemimpin tanahair........Cuba bandingkan bagaimana golongan sederhana dan atasan dalam UMNO bermain politik....? Negara confirm akan hancur dan musnah gejala pemakan dedak ini.

    ReplyDelete
  3. Bukan semua Prof layak jadi Prof.

    Kalau bersembang dengan warga u. Boleh dengar cerita politik dlm u.

    Kaki bodek dapat prof walau pun hasil kerja tak seberapa.

    Yang tak pandai bodek, tak dapat prof walaupun lebih layak.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...