Saturday, 9 April 2016

Misteri Pengkhianatan Terhadap Negara Terkantoi Lagi?

Misteri nampaknya menyelubungi sebuah syarikat yang didedahkan didakwa menerima jutaan dari akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malaysiakini mengunjungi syarikat Solar Shine Sdn Bhd di alamat yang disenaraikan di Plaza Mont Kiara, Kuala Lumpur untuk mendapatkan respons terhadap dakwaan tersebut, tetapi direktori di tingkat bawah bangunan itu memaparkan nama syarikat yang berbeza - Steelwell Development Sdn Bhd.

Pejabat yang terletak di alamat tersebut bukan Steelwell. Bukan juga Solar Shine - syarikat yang Wall Street Journal dakwa dalam laporan pada 31 Mac bahawa kira-kira AS$44 juta (RM142.8 juta) dari akaun Najib didakwa disalurkan kepada syarikat berkenaan.

Ia adalah sebuah syarikat bernama IT Data Centre Sdn Bhd.

Ketika ditemui Malaysiakini, penyambut tetamu mengesahkan bahawa syarikat itu adalah IT Data Centre, bukan Solar Shine.

Ini menimbulkan persoalan: Adakah Solar Shine telah diambil alih oleh IT Data Centre atau ia telah berpindah ke alamat baru?

Dokumen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa ketiga-tiga syarikat masih wujud.

Ketiga-tiganya berkongsi alamat berdaftar yang sama - Taman Damai Utama, Puchong, Selangor - dan juga alamat perniagaan yang sama di Plaza Mont Kiara.

Antara ketiga-tiganya, Steelwell Development adalah yang pertama diperbadankan pada 27 Oktober 1993, dan berurusan dalam pembangunan hartanah.

Solar Shine yang didaftarkan pada 22 Februari 2000, menganjurkan acara, manakala IT Data Centre yang diperbadankan pada 5 Ogos 2009, membangunkan perisian dan mengekalkan portal masing-masing.

Nama syarikat lama Solar Shine ialah Steelwell E-Software Sdn Bhd, tetapi nama itu ditukar pada 2008 kepada nama sekarang.

Semakan di SSM juga mendapati bahawa ketiga-tiga syarikat itu berkongsi pengarah yang sama, lapor Malaysiakini.



1 comment:

  1. SEBAGAI RAKYAT KITA MENGHARAPKAN YANG BERSALAH AKAN DITANGKAP DAN DIHUKUM SEBERAT BERATNYE DALAM HAL SEUMPAMA INI.TAK KIRA SEKIRANYE ADA NEGARA LUAR MAMPU MENGATASINYE.MEMANDANGKAN PEERUNDANGAN NEGARA INI TELAH ROSAK SEMUA SISTEM NYE AKIBAT PEMERINTAH NAJIB DAN SEBELUM INI MAHATHIR LEBIH YANG MEMBELA PESALAH LAKU.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...