Friday, 15 April 2016

Misteri Dr. Noordin Ahmad Pemilik Baru FC Bari Terungkai

Siapa sebenarnya ahli perniagaan, Datuk Dr Noordin Ahmad yang dilaporkan bakal menjadi pemilik baharu FC Bari 1908 menjadi satu kisah misteri. 

Tokoh-tokoh korporat tempatan mengakui mereka tidak mengenali ahli perniagaan itu yang dilaporkan membeli 50 peratus pegangan saham dalam kelab Itali itu. 

Memetik laporan Utusan Malaysia, Kedutaan Malaysia di Itali juga tidak mempunyai maklumat siapa sebenarnya Noordin yang telah mendapat liputan meluas media di negara berkenaan, lapor FMT.

Kenali Pelabur Malaysia Yang Baru Saja Beli Kelab Bola Sepak Itali!

Ramai di antara kita mungkin tidak mengenali Dato' Dr. Noordin Ahmad. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan pelabur tempatan.
Selepas ini, beliau akan semakin dikenali kerana Dato' Dr. Noordin Ahmad bakal jadi pemilik kelab bola sepak Serie B Itali iaitu FC Bari. 
Laman web rasmi FC Bari mengesahkan 50 peratus daripada saham kelab itu kini dimiliki Dato' Dr. Noordin Ahmad, yang dikatakan membeli saham tersebut daripada Presiden kelab, Gianluca Paparesta pada nilai 12 Juta Euro. Persetujuan penjualan saham tersebut telah berjaya dicapai pada 8 April lalu. 
Ini bermaksud, Dato' Dr. Noordin bakal menjadi pemilik saham majoriti dan seterusnya menjadi pemilik baru FC Bari. 
Presiden FC Bari, Gianluca Paparesta 
Asalnya, pada Januari lalu seorang pelabur dari China, Herman Zheng berminat untuk membelisa ham FC Bari. Namun tiada persetujuan dicapai berkenaan tawaran bidaan yang sesuai. 
Pembelian saham dan pemilikan FC Bari oleh Dato' Dr. Noordin Ahmad menjelaskan 'misteri' mengapa Jalur Gemilang tersergam di bahagian grandstand Stadium FC Bari iaitu Stadio San Nicola sewaktu perlawanan Serie B menentang AC Cesena pada 4 April lalu.
Menurut media Itali, Dato' Dr. Noordin Ahmad memang meminati bola sepak Itali dan dikatakan berkawan rapat dengan Presiden Lazio, Claudio Lotitio
Komen Positif Dari Penyokong 
Para peminat dan penyokong kelab FC Bari memberikan rekasi positif terhadap perkembangan terbaru kelab tersebut dan berterima kasih di atas jasa-jasa Presiden Kelab, Gianluca Paparesta yang sebelum ini pernah menyelamatkan kelab itu daripada muflis. 
Beliau bertanggungjawab mengumpulkan para pelabur sehingga membentuk sebuah konsotium pada tahun 2014 dengan tujuan membeli FC Bari yang ketika itu dilelong bank pada harga serendah 2 Juta Euro. 
"Walaupun beliau bukan seorang jutawan, Paparesta menyelamatkan kita dariapda muflis. Beliau menjaga kelab dengan rasa bangga sebelum menyerahkannya kepada pemilik baru yang mempunyai wang." 
"Tiada siapa yang tahu bagaimana orang Malaysia ini akan menguruskan kelab. Tetapi, jika Paparesta percayakannya, saya percaya keputusan Paparesta. Terima kasih Paparesta!", lapor Karangkraf.


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...