Tuesday, 5 April 2016

Menteri Kontroversi Ni Tersalah Cakap Atau Media Tersalah Lapor..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa Wall Street Journal (WSJ) tidak patut disekat dan mendakwa portal berita Malaysiakini tersalah petik kenyataannya.

Azalina dalam satu kenyataan berkata, kenyataan beliau dalam artikel bertajuk “Azalina: Shouldn’t Block WSJ, M’sia Not A Communist Nation,” dibuat secara umum tanpa merujuk kepada mana-mana media atau agensi berita.

“Saya menekankan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan bukannya komunis, saya merujuk kepada kebebasan bersuara dan tidak mengaitkannya kepada mana-mana agensi berita secara spesifik,” kata beliau.

Azalina berkata, kerajaan pada hari ini telah menunjukkan tahap toleransi yang tinggi dan menerima kritikan daripada semua pihak terutamanya media sosial.

“Ini sememangnya penting dengan kebangkitan media sosial yang mana rakyat boleh mengkritik pemimpin kami secara terbuka di Facebook, Instagram, Twitter, blog dan sebagainya. Ini menunjukkan kerajaan bersedia menerima sebarang kritikan selagi ia bersifat membina,” katanya.

Azalina berkata, ulasan beliau adalah berasaskan kebebasan bersuara dan bukannya menyekat atau tidak menyekat agensi berita tertentu.


Bernama




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...