Wednesday, 27 April 2016

Menjelang PRN Sarawak, Makin Ramai Di Halang Masuk Sarawak

Menjelang PRN Sarawak, makin ramai di halang masuk Sarawak. Tindakan Kerajaan Negeri Sarawak mengenakan sekatan ke atas individu tertentu belum berakhir.

Malah, menurut Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, lebih ramai individu akan dilarang menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang.

“Saya telah melarang bukan sahaja ahli pembangkang, tetapi juga ahli UMNO dan parti komponen lain, jika mereka ‘tidak berkelakuan baik’.

“Saya perlu melindungi kepentingan orang Sarawak di sini, supaya ada keamanan dan ketenangan di negeri ini,” katanya dalam satu sesi soal jawab bersama media, malam tadi.

Tambahnya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibenarkan memasuki Sarawak, kerana sehingga kini, mereka masih ‘berkelakuan baik’.

Beliau bagaimanapun memberi amaran kepada anak-beranak itu untuk terus “berkelakuan baik” atau mereka akan turut disenaraihitamkan.

Menjelang PRN Sarawak, makin ramai di halang masuk Sarawak. “Jika mereka melampaui batas, membuat sebarang kenyataan berbaur perkauman dan sebagainya, saya akan menghubungi Jabatan Imigresen dan meminta mereka keluar.

“Jadi, ini amaran saya kepada mereka supaya berkelakuan baik.

“Saya tidak mahu apa yang berlaku pada pilihan raya lalu (berulang). Kami benarkan ramai ahli politik dari Semenanjung datang ke Sarawak dan mereka cetuskan huru-hara.

“Saya akan mengharamkan fanatik agama, perkauman dan mereka yang boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat kita.

“Jadi, berhati-hati apabila anda datang ke Sarawak. Berkelakuan baik, kami mahu pilihan raya yang aman,” katanya.

Adenan turut mendedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Ong Yew Tai daripada DAP telah diarahkan keluar dari Sarawak, ekoran laporan berlaku kekecohan di pusat penamaan calon Baleh, Isnin lalu.

“Dipercayai beliau (Ong) telah mencetuskan gangguan di kawasan itu. Lelaki ini akan diarahkan keluar dari Sarawak,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...