Friday, 8 April 2016

Melantik Najib Sebagai Pengerusi 1MDB Adalah Tindakan Paling Bodoh Dakwa Penganalisis

Sebuah kumpulan pemikir mendesak pihak berkuasa menentukan jika perdana menteri memainkan peranan sebagai “pengarah di sebalik tabir” (shadow director) dalam 1MDB.

“Saya gesa pihak berkuasa meneliti konsep pengarahan di balik tabir.

“Kuasa dan pengaruh perdana menteri atas kapasitinya sebagai pengerusi lembaga pengarah mesti diteliti bagi memastikan sama ada belau bertindak dalam sebarang keadaan sebagai pengarah di sebalik tabir.

“Jika tidak siasatan tidak akan selesai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.

Beliau juga mengkritik amalan melantik seorang perdana menteri sebagai pengerusi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan menyifatkannya sebagai stuktrur pentadbiran paling “bodoh” dan “tidak masuk akal”.

Wan Saiful berkata demikian sebagai sokongan terhadap cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) supaya lembaga pengarah 1MDB dimansuhkan.

“Selama ini, saya suda katanya inilah kelemahan terbesar 1MDB,” katanya.

PAC membentangkan siasatannya terhadap syarikat pelaburan sarat hutang itu di parlimen semalam, setelah penantian sekian lama.








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...