Friday, 22 April 2016

Mahathir Makin Hilang Pengaruh

Mahathir makin hilang pengaruh. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa semakin hilang pengaruhnya, setelah gagal dalam cubaannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sokongan terhadap Dr Mahathir jelas semakin menurun, kerana tidak ramai yang menghadiri program anjurannya sendiri.

Sehubungan itu, jelasnya, Dr Mahathir perlu menerima hakikat beliau semakin tidak relevan, kerana beliau masih gagal menggulingkan Najib, selepas fitnah yang disebarkan berhubung derma RM2.6 bilion.

“Sebelum ini, Tun M (Dr Mahathir) mengaitkan Najib dengan kehilangan dana RM4.2 bilion, namun laporan daripada hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuktikan Najib tidak bersalah.

Mahathir makin hilang pengaruh. “Begitu juga dengan isu RM2.6 bilion, Menteri Luar Arab Saudi sudah sahkan wang tersebut adalah dana politik.

Adakah Tun M akan minta maaf, setelah semua ini terbukti?” soal Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Jasa Connectivity (JS) oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, semalam, lapor FMT.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...