Thursday, 21 April 2016

Luahan Menyayat Hati Bapa Murid Perempuan Mati Dipatuk Ular

Luahan menyayat mati bapa murid perempuan mati dipatuk ular. Bapa kanak-kanak yang meninggal dunia akibat dipatuk ular meluahkan kesedihannya dengan kehilangan anak sulungnya yang dipanggil Kak Long.

Namun begitu, Ruslan Gazali, 33, tetap redha dengan pemergian Nuri Nadirah dan menganggapnya sebagai ketentuan Illahi.

“Dialah seorang anak, dialah seorang rakan yang paling rapat dan sayalah tempat melayan cerita budak-budaknya, sampaikan nama kawan dia di sekolah pun saya ingat. 

Tapi Allah lebih sayangkan dia, sama-samalah kita terima Qadar dan Qadar Allah (ketentuan) yang pastinya taman syurga menunggumu anakku,” tulisnya di Facebook.

Ruslan turut berkongsi ‘surat’ Nuri kepadanya yang berbunyi ‘papa balik bila… papa balik selasa’ yang dihantar kepadanya yang bekerja di Kuantan.

Luahan menyayat mati bapa murid perempuan mati dipatuk ular. Nuri menulis mesej itu di atas kertas selepas pulang dari sekolah pada Ahad lalu supaya ibunya, Wan Nor Izatul Azwana Wan Mohammad 28, menghantar pesanan itu kepadanya.

Dalam masa sama, Ruslan juga meluahkah rasa terkilan iapabila cerita kematian anaknya dipatuk di sekolah ditokok tambah bagi menjadikan cerita itu lebih sensasi.

Katanya, cerita yang mendakwa anaknya hidup semula selepas 12 jam meninggal dunia hanya salah faham.

“Kak Long (Nuri) sudah disahkan tiada (meninggal dunia) di Hospital Besar Kota Bharu petang kelmarin (semalam) lagi dan tiba di rumah saya pukul 6.30 petang kelmarin, lepas maghrib jenazah dimandikan, siap jenazah dimandikan diangkat dan diletakkan untuk dikafankan dia (Nuri) tersedu dua kali, kami ahli keluarga dan sahabat berbincang panggil doktor untuk kenal pasti walaupun hati rasa Kak Long dah tiada, semua doktor mengesahkan jenazah sudah tiada.

“Keadaan tersebutlah yang menimbulkan salah faham dan buah mulut yang direka-reka, maklumlah orang yang hadir beratus-ratus, memandangkan keadaan dah lewat malam, kami di pihak keluarga memutuskan urusan pengebumian di pagi esok (hari ini),” katanya.

Ruslan berkata, gambar ular yang disebarkan kononnya mematuk anaknya itu juga tidak benar.

“Setakat hari ini saya tak tahu ular yang patuk Kak Long masih belum dijumpai, gambar ular yang diviralkan itu pun tidak benar dan direka sahaja,” katanya.

Luahan menyayat mati bapa murid perempuan mati dipatuk ular. Dia juga merayu supaya memadam gambar jenazah anaknya yang dirakam ketika di rumah mayat hospital kerana mengakui sebak melihatnya.

“Mintalah buang gambar (Nuri) kat hospital yang muka diikat (sedih tengok),” luah Ruslan.

Jenazah Nuri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Che Latiff, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 9.45 pagi tadi, lapor FMT.



2 comments:

  1. Mak bapak budak tu ada saman kementerian pelajaran kerana gagal memastikan keselamatan pelajar?
    Tak ada
    Tapi adakah kementerian dan pihak sekolah ada hati perut dan rasa tanggungjawab memberi sekadar buat menggembirakan?
    Tak ada juga, mereka kata takdir juga hehe phuiii
    Hehe saya jauh di kl dan tak pernah kenal siapa mangsa dan keluarganya tapi inilah mentaliti menteri daan kepimpinan malaysia, kalau kena kat family sendiri baru ada langkah guna duit pembayar cukai utk keluarganya masing2 phtuiii
    Kalau pegawai kementerian dan sekolah ada harga diri dan ada rasa tanggungjawab bagilah imbuhan sebagai "rai" bagi menggembirakan kedua ibu bapa yg kesedihan itu kerana kejadian walau takdir tapi asbab adalah kerana kegagalan menyediakan prasarana yg selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang awak nak phuiii dan phtuii nape, tak bole ke beri pandangan dan cadangan dgn cara dan bahasa yang baik.....

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...