Friday, 22 April 2016

Lagi Kejutan Dari PRN Sarawak

Lagi kejutan dari PRN Sarawak. Bekas pemimpin PKR Sarawak, Boniface Willy Tumek yang meletak jawatan dan keluar parti baru-baru ini tidak berhasrat untuk menyertai SPDP atau mana-mana parti komponen BN.

Boniface berkata dirinya setia kepada perjuangan rakyat dan desas-desus mengatakan akan menyertai SPDP adalah “tidak berasas sama-sekali”.

“Tak akan berlaku. Saya setia kepada rakyat,” katanya kepada FMT, tanpa mahu mendedahkan langkah beliau seterusnya.

Borneo Post Online semalam melaporkan Boniface menyerahkan surat perletakan jawatan pada 17 April lalu, apabila PKR tidak mencalonkan beliau untuk kerusi Tasik Biru dalam pilihan raya Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi.

Lagi kejutan dari PRN Sarawak. PKR menyerahkan kerusi itu kepada calon DAP yang akan menghadapi calon langsung BN, Henry Harry Jinep.

Boniface berkata DAP mendapat kerusi itu meskipun PKR menamakan dirinya sebagai calon berpotensi dan tinjauan awam mendapati PKR mendapat lebih banyak sokongan di Tasik Biru berbanding DAP.

Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian berasa kecewa tetapi menghormati keputusan Boniface.

Baru memuji Boniface sebagai seorang “pemimpin berintegriti” dalam satu sidang media semalam.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...