Tuesday, 19 April 2016

Kritik Hebat Adenan Satem Tetapi Tetap Dipilih Sebagai Calon BN

Kritik Hebat Adenan Satem Tetapi Tetap Dipilih Sebagai Calon BN. Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pending dari SUPP, Milton Foo menyatakan penghargaan kepada Pengerusi BN Sarawak, Tan Seri Adenan Satem yang terus memberikan kepercayaan kepadanya, meskipun beliau pernah mengkritiknya secara terbuka.

Enggan mengulas mengenai perkara itu, Foo menegaskan mahu menumpukan sepenuh perhatiannya bagi merampas semula kerusi DUN Pending kepada SUPP dan BN.

“Semua yang ingin dikatakan telah saya katakan. Saya ingin menumpukan perhatian terhadap pilihan raya dan cuba yang terbaik untuk mendapatkan kembali kerusi Pending.

SUPP adalah salah satu komponen BN. Kami ada tanggungjawab berat dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) kali ini, sebagai salah satu parti dalam gabungan pemerintah (rulung coalition),” katanya ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat PBB hari ini.

Kritik Hebat Adenan Satem Tetapi Tetap Dipilih Sebagai Calon BN

Beliau berkata, Adenan Satem seorang pemimpin yang sanggup mendengar perkara yang benar, dan bukan hanya mendengar pujian semata-mata.

“Saya yakin jika ini berlaku dalam DAP, saya pastinya akan digantikan (dengan calon lain untuk bertanding),” ujarnya.

Dalam surat terbukanya sebelum ini, Foo mengecam Adenan Satem kerana menurutnya membuat keputusan sepihak dalam melantik calon langsung BN terutama di kerusi tradisi SUPP.

Pagi tadi, penyandang DUN Pending Violet Yong mendesak Foo menjelaskan pendiriannya, dan mempersoalkan sama ada ‘beliau masih sanggup untuk menjadi calon di bawah bendera BN.

Ketika ditanya berhubung perkara itu, beliau enggan mengulas kerana belum membaca kenyataan tersebut, lapor FMT.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...