Thursday, 14 April 2016

Kontroversi Yang Dicetuskan Istana Johor Bakal Berpanjangan

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak sabar mahu berbahas dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai isu bola sepak negara di hadapan penyokong negara.

Ini kerana, kata pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), bola sepak adalah milik rakyat dan mereka berhak mengetahui situasi-situasi dihadapi sekarang.

“Saya amat menghargai, sekiranya mereka boleh membenarkan ramai penyokong bola sepak untuk turut hadir, supaya penyokong boleh bertanyakan secara terbuka mengenai apa-apa soalan yang mereka mahu tanyakan,” katanya menerusi Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Selasa lalu, Tunku Ismail menerusi laman Facebook rasmi JDT mencabar Khairy, wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ketua Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, B Sathianathan, bagi mencari punca dan penyelesaian kepada kemerosotan prestasi skuad kebangsaan.

Cabaran yang dilontarkan Tunku Ismail itu disahut Khairy semalam yang sedia berdebat berhubung kemerosotan prestasi skuad Harimau Malaysia.

Tanpa mendedahkan tarikh dan lokasi debat itu, Khairy berkata, beliau sanggup berdebat dengan TMJ, sekiranya ia dapat meningkatkan semula prestasi skuad kebangsaan yang mendapat kritikan hebat peminat bola sepak, selepas jatuh ke ranking 174 dunia, kedudukan terendah dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diperkenalkan pada Disember 1992, lapor Free Malaysia Today.




1 comment:

  1. Rasanya tak sesuai seorang putera raja yang bakal bergelar sultan berdebat dengan rakyat jelata...fikirkan semula...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...