Friday, 8 April 2016

Ketua Penerangan Umno Tak Puas Hati Laporan PAC

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) seharusnya membebaskan syarikat kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada fitnah kerana ia dibuat secara profesional.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata laporan itu bukan sahaja dikeluarkan wakil kerajaan malah lima ahli parlimen pembangkang turut terlibat sama.

Sehubungan itu, katanya, perakuan PAC perlu diambil perhatian oleh pengurusan, kerajaan dan agensi yang berwajib.

“Namun tidak dinafikan, seperti mana mana syarikat perniagaan lain, berkemungkinan berlaku masalah urus tadbir dan urus niaga.

“Namun, ia sama sekali tidak harus dikaitkan dengan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mustahil terlibat dalam operasi syarikat,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, PAC mengumumkan hasil siasatan terhadap pengurusan tadbir urus 1MDB menunjukkan tiada salah laku jenayah dalam syarikat itu.

PAC juga mendedahkan syarikat itu menanggung hutang sebanyak RM50 billion.

PAC mengakui bahawa 1MDB mempunyai struktur modal yang lemah dan terdapat beberapa kelemahan tadbir urus yang dijelaskan dengan terperinci dalam laporan tersebut antaranya, struktur modal 1MDB terlalu bergantung kepada penggunaan hutang.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, syor Perdana Menteri tidak perlu terlibat dalam Lembaga Penasihat 1MDB juga wajar diberi perhatian.

Katanya, penyusunan tata kelola 1MDB wajib dibuat serta kaedah pemantauan lebih ketat juga harus laksanakan.





2 comments:

  1. Duit melayang masuk ke account credit card utk bershopping gile apa hal. Dari mana masuk ke mana. Jgn buat tak nampak bro nuar. Jgn buat tutup mata. Itu pun dh cukup menunjukkan ada campurtangan. Nak bodek pun berpada2 la bro nuar. Kita org tak lupa kes MARA..pembelian bangunan di masa kamu memegang jawatan dulu. Itu pun kamu tipu rakyat..buat2 tak nampak..tak tahu...sedangkan ia dibawah kamu.

    ReplyDelete
  2. Kes PPRT dulu pun jgn dilupakan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...