Wednesday, 27 April 2016

Kerajaan Campuran Bakal Terbentuk Di Terengganu?

Kerajaan Campuran bakal terbentuk Di Terengganu? PKR mencadangkan pembentukan kerajaan campuran sebagai jalan menyelesaikan krisis yang didakwa berlaku antara Istana Terengganu dengan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Azan Ismail berkata pembentukan kerajaan campuran merupakan pilihan terbaik berbanding pembubaran DUN bagi membuka laluan kepada pilihan raya baharu, atau menukar Menteri Besar baharu.

“Kita boleh bayangkan ketidakpercayaan atau keyakinan dari pihak Istana sudah hilang terhadap Ahmad Razif, apabila Sultan telah menarik kesemua gelaran.

“Ini juga bermakna Ahmad Razif perlu berjiwa besar dan seharusnya melepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Sebagai perbandingan, Azan menjelaskan perlantikan Menteri Besar baharu hanya merumitkan keadaan memandangkan jumlah kerusi pemerintah dan pembangkang yang sama iaitu 16-16, selepas bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif baru-baru ini.

Kerajaan Campuran bakal terbentuk Di Terengganu? Manakala langkah pembubaran DUN pula menelan belanja yang banyak, menyusahkan rakyat dan Pilihan Raya Umum ke-14 yang semakin dekat.

“Apa yang penting kedua-dua belah pihak, BN dan pembangkang perlu bersetuju bentuk kerajaan campuran sehingga PRU dan menyerahkan kepada pihak Istana untuk melantik MB dari parti mana,” tegas Azan, yang juga ADUN Bandar.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perlucutan darjah kebesaran merupakan hak mutlak Sultan sesebuah negeri dan tidak menggambarkan krisis politik.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata partinya memilih untuk menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu melalui pilihanraya.

PAS menolak pembentukan kerajaan campuran.

Kedudukan kerusi DUN Terengganu ketika ini ialah BN 16, PAS 14, PKR 1 dan satu kerusi berkecuali apabila Datuk Ahmad Said tidak lagi menyokong Ahmad Razif memimpin kerajaan negeri, lapor FMT.




1 comment:

  1. RAKYAT SUKA NGUNDI...BANYAK DURIAN RUNTUH...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...