Tuesday, 5 April 2016

Kenyataan Menyedihkan Dari Najib.. Dia Merayu-Rayu!!

Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terkubur sekiranya UMNO tidak lagi memegang pemerintahan negara.

Perdana Menteri berkata, kekuasaan UMNO selaku parti pemerintah amat penting bagi memastikan agensi itu terus hidup membantu orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

“MARA lahir dari perut siapa? UMNO… Tanpa UMNO tak mungkin MARA wujud. Saya hendak kata yang hakikatnya, MARA tak akan berkubur selagi UMNO berkuasa. Itu yang betul.

“Tanpa UMNO, MARA akan terkubur dan MARA apabila terkubur, orang Melayu akan tersungkur, Bumiputera akan tersungkur.

“Sebab itulah macam mana pun, kita mesti jaga UMNO. Tiada UMNO tiada MARA. Tiada MARA tiada jutaan orang Melayu dan Bumiputera. Jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO, jangan bersekongkol dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam majlis berkenaan, Perdana Menteri menyenaraikan sebahagian daripada lima inisiatif MARA untuk tempoh 50 tahun akan datang yang bertujuan memperkasa orang Melayu dan Bumiputera.

Antaranya penubuhan MARA Corporation Berhad, mewujudkan Rural Capital Berhad, Universiti MARA (UniMARA) dan menggantikan Yayasan Pelajaran MARA dengan Yayasan MARA.

Najib turut mengumumkan pertukaran nama Jalan Semarang di sini, kepada Jalan MARA bersempena dengan sambutan itu.





6 comments:

  1. Kalau MARA terkubur salah pemimpin melayu UMNO yg tidak amanah. Menyebabkan orang melayu hilang keyakinan pada UMNO.

    ReplyDelete
  2. Yang membalun duit MARA dan duit negara bukan pemimpin UMNO ke? Jadi selama ni yang dah menghapuskan subsidi, biasiswa dan macam2 lagi kemudahan untuk orang melayu dan memperkenalkan kezaliman seperti PTPTN dan GST bukan UMNO tetapi DAP dan Amanah? Adakah DAP juga bertanggungjawab menghalang peruntukan persekutuan kepada negeri2 melayu yang dibawah PAS? Adakah DAP dan orang2 cina yang telah menganiaya rakyat2 melayu di Terengganu dan Kelantan dengan membalun duit royalti minyak? Adakah DAP yang telah membalun 50 billion saham2 yang diperuntukan untuk bumiputera? Adakah DAP juga telah membuat hutang negara mencecah 700 billion sehingga setiap seorang rakyat Malaysia hatta seorang bayi pun menanggung hutang sehingga puluhan ribu? Adakah DAP juga telah menghanguskan duit sebanyak 42 billion dalam 1MDB sehingga duit rakyat bakal digunakan bagi menyelamatkan Syarikat yang kononnya pelaburan Strategik tapi tak reti berniaga? Sekarang ni yang membawa masalah kepada negara samaada pentadbiran, integriti dan ekonomi adalah UMNO! Maka jika UMNO ni ditimbus dan dikuburkan pun Malaysia dan orang2 melayu akan lebih selamat dan maju jaya sebenarnya! Itulah kebenarannya dan hanya makhluk2 ternakan UMNO yang hidup dengan memakan dedak sahaja yang tak nampak akan perkara itu. Manakala PAS pula adalah parti yang dah biol maka segala pandangan parti itu tentang PH adalah pandangan orang gila. Jangan dilayan! Bila PRU yang akan datang nanti jangan di undi si korup dan si gila! In other words ABU and "No To PAS"!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. tiada mara tiada project dan tiada buat duit .semua mati kelaparan @ penyamun

    ReplyDelete
  4. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak2/ keistimewaan orang Melayu.

    ReplyDelete
  5. Memang pun...mara lah tempat UMNO bergayut untuk survival..

    ReplyDelete
  6. Rida diperkenalkan secara rasmi pada 25 april 1951 oleh penjajah Inggeris. Dato' Onn Jaafar dilantik sebagai Pengerusi yang pertama. pada tahun 1966 nama Rida ditukar kepada MARA.......

    Maktab RIDA telah dibina di Petaling Jaya. Kemudian Maktab RIDA diperbesarkan menjadi Institut Teknologi MARA. Kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...