Tuesday, 5 April 2016

Kenapa Lim Guan Eng Hairan Dengan Pendedahan Rahman Dahlan.. Apa Yang Tak Kena?

Lim Guan Eng melahirkan rasa hairan bagaimana Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memiliki dokumen perjanjian jual beli tanah Taman Manggis.

Sedangkan, beliau sendiri selaku Ketua Menteri Pulau Pinang tidak memiliki dokumen itu.

“Saya tidak boleh cakap dia (Rahman) tahu dokumen yang saya tidak tahu, kerana kerajaan negeri pun tidak tahu dokumen yang ada di tangannya.

“Saya sudah rasa letih kerana ulang apa yang saya sudah cakap,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan itu enggan memberi penjelasan sama ada kemungkinan penjualan itu dibuat tanpa pengetahuannya.

“Saya tidak tahu,” katanya ringkas.

Mengulas lanjut, Lim Guan Eng menyifatkan, tuduhan Rahman itu sebagai fitnah yang dikitar semula.

“Tuduhannya saya rasa tidak benar dan tidak sahih jangan-jangan nanti beliau digelar ‘menteri fitnah’.

“Pagi ini beliau ulangi tuduhan yang telah beliau buat sebelum ini bahawa KLIDC jual tanah dengan syarikat lain dan ini bukan cerita baru macam ‘goreng nasi yang sudah basi’. Tuduhan ini saya sudah dijawab sebelum ini,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Lim Guan Eng turut mengesahkan telah menyemak dokumen dan sehingga hari ini, tanah di Taman Manggis itu masih dimiliki oleh KLIDC yang menerimanya melalui tender terbuka daripada kerajaan negeri.

“Lepas dia buat tuduhan itu saya semak lagi, walaupun sebelum ini sudah semak dan masih sama, KLIDC masih memiliki tanah itu,” katanya lagi.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...