Friday, 29 April 2016

Kenapa Ketua Polis Negara Sentap Dengan Laporan Ini?

Kenapa Ketua Polis Negara sentap dengan laporan ini? Ketua Polis Negara menyatakan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Datuk Yaacob Md Sam tidak sepatutnya membincangkan kes kematian tahanan dalam lokap, N Dharmendran, di luar mahkamah.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perbincangan di luar mahkamah boleh mendatang prejudis dan subjudis terhadap kes tersebut.

“Kenyataan Datuk Ahmad Yaacob Md Sam telah melahirkan tanggapan bahawa PDRM gagal mengambil tindakan terhadap keempat-empat anggota yang terbabit.

“Datuk Yaacob Md Sam sedia maklum bahawa kes terhadap keempat-empat anggota polis yang dituduh terlibat di dalam kematian mangsa tersebut akan disambung bicara pada 24 hingga 24 Mei 2016, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Yaacob dalam sidang medianya di Putrajaya menyatakan anggota polis yang menyoal siasat Dharmendran dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bertanggungjawab terhadap kematian tahanan itu dalam lokap pada 21 Mei 2013.

Dharmendran ditahan pada 11 Mei 2013, atas dakwaan cuba membunuh membabitkan senjata api.

Kenapa Ketua Polis Negara sentap dengan laporan ini? Pada 26 Februari 2016, Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur memerintahkan Inspektor S Hare Krishnan, 42; Sarjan Jaffri Jaafar, 46; Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 47; dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 34, membela diri atas pertuduhan membunuh Dharmendran, selepas mengetepikan pembebasan mereka oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Khalid Abu Bakar dalam masa yang sama turut menegaskan bahawa polis tidak pernah melindungi mana-mana pegawai atau anggotanya yang terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah.

“Malah dari peringkat awal lagi siasatan terhadap mereka telah dijalankan dengan menyeluruh, rapi dan telus.

“Berpandukan hasil siasatan ini, Peguam Negara telah mengarahkan agar keempat-empat tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

“Susulan itu, mereka telah dituduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Jun 2013,” jelasnya, lapor FMT.

Kenapa Ketua Polis Negara sentap dengan laporan ini?









1 comment:

  1. Ini Malaysialah. Kucing boleh bertanduk dan babi boleh terbang. Orang pakai jubah dan berserban pun menipu ini pulak orang kepala togel!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...