Friday, 29 April 2016

Jamal Sekinchan Ikan Bakar Label Azmin MB Bangsat Pulak

Jamal Sekinchan Ikan Bakar label Azmin MB bangsat pulak. Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus menanam persepsi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan selama lima tahun sebagai tahanan politik dikecam.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos melabelkan Azmin sebagai Menteri Besar bangsat kerana mengabaikan perintah polis supaya papan iklan #BebasAnwar yang dipasang di sekitar Selangor diturunkan.

“Kalau pihak kerajaan negeri di bawah pimpinan Azmin Ali masih mempertikaikan Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik, maka bangsatlah dia.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sudah memberi arahan supaya billboard ini diturunkan serta-merta, jadi saya lihat masih tidak diturunkan,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Subang, hari ini.

Ujarnya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sendiri, selain menggesa pihak berkuasa supaya tegas dalam menjalankan tugas mereka.

“Saya minta pihak polis bertindak tegas untuk menurunkan papan iklan ini dan kami pihak NGO tidak akan teragak-agak dalam waktu terdekat ini untuk mengambil tindakan ikut cita rasa kami sendiri,” jelasnya.

Jamal Sekinchan Ikan Bakar label Azmin MB bangsat pulak. Mengulas lanjut, Jamal mendakwa, kerajaan negeri lebih berminat dengan politik berbanding menjaga kebajikan rakyat.

“Saya melihat kerajaan negeri bukanlah berminat sangat nak membela rakyat, mereka hanya bermain dengan politik semata-mata untuk memburukkan kerajaan pusat, sedangkan apa yang mereka lakukan di negeri Selangor ini hanya main wayang semata-mata,” katanya.

Bagi Jamal, papan iklan #BebasAnwar yang diletakkan di sekitar Selangor itu jelas berbaur hasutan serta tidak baik untuk imej Selangor.

“Terang-terangan papan iklan itu bersifat hasutan, seolah-olah pihak kehakiman negara kita menganiaya Anwar. Sedangkan kita sedia maklum Anwar telah menjalani perbicaraan selama tujuh tahun dan hasilnya beliau telah dihukum,” ujarnya.

Jamal Sekinchan Ikan Bakar label Azmin MB bangsat pulak. Sebelum ini, Azmin telah disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung papan iklan #BebasAnwar yang dikesan dipasang di 20 lokasi di Selangor, termasuk di Subang dan Rawang, namun beberapa papan iklan di Ampang telah diturunkan.

Pada 26 April lalu, Azmin yang disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana papan iklan #BebasAnwar itu dilaporkan sebagai berkata, polis hanya membuang masa dengan menyiasatnya kerana tindakan menaikkan papan iklan itu tidak salah, lapor FMT.

Inilah akhlak pemimpin Umno, suka hati melabel orang.









1 comment:

  1. Kenapa polis sibuk dengan billboard Anwar.Kenapa buat2 tak nampak dengan iklan2 ceti haram@ahlong di merata tempat? Sudahlah mereka menjalankan aktiviti haram, mereka siap bebas melakukan jenayah terhadap peminjam tanpa sebarang tindakan? Adakah KPN bermaksud Ketua Politik Negara??

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...