Sunday, 24 April 2016

Ini Baru Perang Sebenar?

Maxis Berhad (Maxis) hari ini melancarkan pelan MaxisONE diperbaharui, setelah bertiupnya khabar angin firma telekomunikasi milik individu kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan kehilangan lebih sejuta pelanggan.

Ketika mengumumkan ciri-ciri baharu untuk pelanggan MaxisONE, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal berkata, ia termasuk pelan peningkatan automatik dengan kuota tambahan 5 gigabyte (GB) sebulan bagi aplikasi tontonan video dan ciri baharu 'New DataPools', lapor Bernama.

Sementara itu, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, Dushyan Vaithiyanathan, berkata pelan itu bukan baharu sebaliknya dipertingkatkan bagi membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak data pada harga sama seperti sebelumnya.

"Kami mendapati trend semasa adalah penggunaan data bagi tujuan menonton video. Malah dengan adanya tambahan 5GB itu, mereka memiliki akses bagi aplikasi video seperti I-Flix, Viu, ErosNow dan Hopster.

"Jika mahukan lebih banyak data untuk menonton video, mereka boleh mendapatkan pas video pada harga RM5 untuk tambahan (kuota) 5GB lagi," katanya.

Awal bulan ini, Maxis mengumumkan langkahnya untuk mempertingkat semua pelan MaxisONE sedia ada yang merangkumi lebih sejuta pelanggan, termasuk membolehkan mereka menikmati jumlah kuota data lebih tinggi pada harga sama.

Pelanggan MaxisOne dengan pelan 1GB kini akan menerima 5GB, 3GB (10GB), 5GB (15GB) dan 7GB kepada 20GB.

Mengulas DataPools, beliau berkata ciri baharu itu akan membolehkan pelanggan berkongsinya dengan pengguna peranti lain selain menggunakannya di luar negara, menikmati panggilan antarabangsa tanpa had dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).

Maxis mendakwa syarikat itu adalah peneraju dari segi jumlah populasi liputan dengan 2.2 juta pengguna atau 74 peratus daripada pengguna 4G di seluruh negara.

Semalam, Celcom Axiata Bhd. (Celcom) melancarkan pelan Platinum Celcom First yang menyasarkan pelanggan segmen premium dengan penggunaan data yang tinggi dengan tawaran RM150 sebulan untuk mendapatkan 18 gigabit (GB) kuota data sebulan.

Selain itu, Platinum Celcom First juga menyediakan panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa had ke semua rangkaian, serta sehingga 9GB Internet yang tidak gunakan boleh dibawa ke hadapan.

Orang ramai dialu-alukan untuk membuat pendaftaran bagi pelan itu yang dibuka mulai 15 April sehingga 31 Mei 2016.

Setakat tahun lalu, Celcom mempunyai 12 juta dengan tujuh juta daripadanya adalah pengguna data.



3 comments:

  1. pengusaha ini tidak mesra pelanggan masyarakat malaysia ....

    ReplyDelete
  2. Dah 55 tahun aku lalui asam garam hidup. Bukanlah aku niat perkauman nak benci perkauman. pe'el (mindset) perniagaan org india ,pada permulaandia berniaga dengan harga berpatutan, bila nampak permintaan makin meningkat maka dia menaikkan harga dan hingga ketahap begitu mahal dan kaedah lainnya mnengurangkan barang, dia ni berbelit belit. Orang Cina pula the only thing straight about them is their hair, kena berhati hati macam manapun dia nak corner tapi dia pandai lindung kekecohan/penbipuan dia dan orangpun tak berapa kisah, sikit saja tapi ada juga yang melampau - berhati hatilah. Walau apapun masih banyak orang cina yang jujur berpandangan jauh nak jaga pelanggan. Diawal era telekom selular meang aku pakai maxis dan kemudiannya beralih kecelcom dan bila disedari celcompun macam perngai sepupu dia (maxis) tapi baik sikit, aku beralih ke digi dan u mobile.

    ReplyDelete
  3. "the only thing straight about them is their hair" hahaha kelakar btol

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...