Wednesday, 13 April 2016

HINDRAF, Hindu Sangam Dan MIC Akan Hadir Ceramah Dr. Zakir Naik?

HINDRAF, Hindu Sangam Dan MIC Akan Hadir Ceramah Dr. Zakir Naik? Semua pihak yang membantah kehadiran pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik dijemput hadir ke program ceramahnya.

Penganjur program Dr Zakir di Malaysia, Abu Shariz Sarajun Hoda, berkata pihak yang membantah itu perlu hadir dan menilai sendiri ceramah yang disampaikan Dr Zakir.

Katanya, selaku penganjur pihaknya sanggup menyediakan tempat kepada pembantah Dr Zakir termasuk menaja tiket penerbangan dan tempat tinggal.

“Kita menjemput pihak yang membantah Dr Zakir untuk hadir dan mendengar sendiri ceramahnya. HINDRAF, Hindu Sangam, MIC dan lain-lain dijemput. Kita sanggup sediakan tempat walaupun tempat ceramah itu mungkin penuh.

“Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy pun kita jemput untuk hadir dan dengar ceramah Dr Zakir. Kita boleh taja tiket penerbangan beliau dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Menara UMNO di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengenai kehadiran Dr Zakir ke Malaysia.

Abu Shariz berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung program Dr Zakir.

Katanya, penganjur bersetuju untuk menukar tajuk ceramah yang akan disampaikan dan program Dr Zakir di Malaysia diteruskan seperti yang dirancang.

HINDRAF, Hindu Sangam Dan MIC Akan Hadir Ceramah Dr. Zakir Naik? 

Sementara itu, Shahidan berkata, beliau sangat mengalu-alukan kehadiran Dr Zakir ke Perlis untuk memberi ceramah.

Katanya, Dr Zakir adalah tokoh Islam istimewa selepas Ahmad Deedat yang mampu memberi penerangan berhubung isu berbangkit mengenai Islam masa kini.

“Saya anggap Dr Zakir ini manusia istimewa dan sudah tentu saya alu-alukan kedatangan beliau ke Perlis.

Kehadiran Dr Zakir Naik ke Malaysia baru-baru ini mendapat reaksi daripada badan bukan kerajaan (NGO) Hindu dan MIC.

Sehubungan itu, semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan majlis ceramah Dr Zakir di Melaka pada 17 April ini dibatal selepas polis menerima aduan daripada pelbagai pihak.

Namun, arahan pembatalan majlis berkenaan ditarik semula, selepas perbincangan antara Ahmad Zahid dengan penganjur, yang mana penganjur bersetuju untuk menukar tajuk ceramah, lapor Free Malaysia Today.




1 comment:

  1. sifat manusia terpaksa pekakkan telinga bila dengar perkara yang benar
    kerna terasa pahit untuk di telan,lumrah yg kena ubah...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...