Friday, 29 April 2016

Harinder Diboikot Kerana Ucap Syahadah Di Ceramah Dr. Zakir Naik

Harinder diboikot kerana ucap syahadah di ceramah Dr. Zakir Naik. Masih ingat kepada Harinder Pal Singh, lelaki yang melafazkan syahadah ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 April lalu?

Syukur, Harinder yang berketurunan Sikh kelahiran India, kini sudah menemukan hidayah menuju jalan Allah.

Cuma harga menerima Islam sebagai pegangan hidup harus dibayar dengan pelbagai dugaan.

Kini Harinder kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak lagi diperbaharui. 

Lebih tragik, Harinder dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang dia akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

“Saya perlukan pekerjaan,” katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa #PenghijrahanFenomena.

Harinder tidak mengharapkan simpati, namun pada saat ini dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.


Harinder diboikot kerana ucap syahadah di ceramah Dr. Zakir Naik. Pelukan dan tepukan yang diterima sebaik sahaja melafazkan syahadah secara langsung tidak cukup, inilah waktunya pertolongan saudara-saudara baharu cukup bermakna buat Harinder.

Janganlah pulang sahaja Dr Zakir Naik dari Malaysia maka perasaan meraikan saudara-saudara baru kita turut pergi bersamanya!

Kisah Harinder yang memerlukan bantuan kita semua ini, akan disiarkan dalam program yang bakal bersiaran di saluran Al-Hijrah tak lama lagi, lapor Mynewshub.






6 comments:

  1. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam membantu saudara baru kita kerana Allah. Kita amat berharap pihak berkuasa Jabatan Agama Islam dan NGO-NGO Islam membantu dan membimbing saudara-saudara baru kita menjalani kehidupan baru dalam Islam.

    Sesungguhnya saudara-saudara baru kita sedang ditindas oleh orang-orang kafir kerana mereka tidak redha terhadap agama Islam dan umat Islam. Orang-orang kafir tidak peduli jika orang kafir memeluk agama-agama kafir tetapi mereka akan bersatu untuk memulaukan dan menindas orang-orang yang memeluk agama Islam.

    Bantulah saudara baru kita supaya Allah membantu kita semua di dunia dan di akhirat. Bantulah saudara baru kita supaya kita semua tidak dipersalahkan di mahkamah Allah kerana membiarkan saudara baru hidup menderita.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ada yang terbuka hati dan menerima Islam. Tugas beliau (Dr. Zakir) berdakwah mengajak semua golongan agama berhalaqah dan memberi jalan memahami konsep kefahaman keesaan Allah, RasulNya dan Islam sudah selesai.

    Tugas badan berkaitan dan kita sebagai umat Islam di Malaysia pula perlu mengambil alih tugas tersebut. Hidayah milik Allah. In Shaa Allah saudara baru akan diberi petunjuk dan pertolongan dariNya.

    Sesungguhnya Allah maha pengasih & maha penyayang atas setiap hamba-hambaNya.

    ReplyDelete
  3. Tolong bgtau ketua negara najib utk bantu bg kerja kpd mualaf ini. Tak kan benda sekecik ni sbg ketua negara islam najibb tak bleh settle?

    ReplyDelete
  4. kita semua bertanggungjawab utk membantu saudara baru

    ReplyDelete
  5. itulah kedudukan Islam disebuah negara Islam ....... pemimpin politik tidak ambil peduli ... pemimpin agama juga tidak ambil peduli ....

    ReplyDelete
  6. Inilah peranan pusat zakat...membantu saudara sesama islam...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...