Saturday, 30 April 2016

Gula-Gula Pilihanraya, Sepantas Kilat Najib Lulus 3 Projek Di Telang Usan

Gula-gula pilihanraya, sepantas kilat Najib lulus 3 projek di Telang Usan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini dengan ‘serta-merta’ meluluskan tiga projek di Kampung Long Laput, Telang Usan, di sini hari ini.

Projek tersebut adalah pembinaan sebuah dewan serbaguna, bangunan baru bagi Sekolah Kebangsaan Long Laput dan tapak rumah bagi pembinaan rumah panjang, antara yang diminta oleh Ketua masyarakat Kayan Baram, Temenggung Elizabeth Ding dalam ucapannya sebelum itu.

“Secara spontan saya luluskan (tiga projek) petang ini. Yang lain kita kena buat anggaran budget dahulu, dan saya akan timbang dengan sebaiknya.

“Saya minta pihak ICU (Pejabat Pembangunan Persekutuan Sarawak) meneliti permohonan jaringan jalan, bekalan air dan elektrik,” katanya ketika berucap melancarkan Skim Pinjaman Rumah Panjang.

Gula-gula pilihanraya, sepantas kilat Najib lulus 3 projek di Telang Usan. Melalui skim itu, kerajaan pusat memperuntukkan RM50 juta bagi pembinaan dan baikpulih rumah-rumah panjang di seluruh negeri.

“Had pinjaman adalah antara RM15,000 hingga RM50,000 bagi setiap pintu. Dan lebih menarik, pinjaman ini tidak mengenakan sebarang faedah,” kata Najib lagi.

Syarat kelayakan bagi skim itu adalah rumah panjang perlu memiliki tidak kurang daripada sepuluh pintu dan pendapatan purata penghuni tidak melebihi RM3,000.

Gula-gula pilihanraya, sepantas kilat Najib lulus 3 projek di Telang Usan. Katanya, skim tersebut diharap dapat meyakinkan masyarakat Kayan bahawa kerajaan bersungguh membawa pembangunan kepada setiap komuniti di Sarawak.

“Hanya BN yang ada ‘track record’ membangunkan kawasan luar bandar. Pembangkang tidak mampu memenuhi harapan tuan-tuan dan puan-puan,” katanya lagi.

Turut hadir adalah penyandang DUN Telang Usan, Dennis Ngau yang akan berhadapan dengan calon PKR Roland Engan dalam PRN kali ini.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...