Thursday, 21 April 2016

Gara-Gara Ubah Laporan.. Perkasa Desak Pengerusi PAC Letak Jawatan

Gara-gara ubah laporan.. Perkasa desak Pengerusi PAC letak jawatan. Datuk Hasan Arifin perlu meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), kerana bertindak menyunting laporan akhir PAC berhubung siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Biro Integriti, Anti Rasuah dan Salah Guna Kuasa Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Azrul Akmal Saharudin berkata, tindakan itu tidak wajar, kerana ia menunjukkan Hasan tidak jujur dan beramanah dalam jawatankuasa tersebut.

“Biro ini memandang perkara ini dengan amat serius dan mempersoalkan integriti Hasan sebagai Pengerusi PAC. Kelakuan sebegini juga tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli parlimen.

“Walaupun, Hasan menyatakan ia telah disunting, kerana maklumat itu masih dalam siasatan, ianya adalah tindakan tidak wajar, kerana ianya telah mendapat persetujuan semua ahli panel untuk dimasukkan ke dalam laporan PAC dan jika ia perlu dikeluarkan, Pengerusi PAC perlu membincangkannya dengan semua ahli panel,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Gara-gara ubah laporan.. Perkasa desak Pengerusi PAC letak jawatan. Pada masa sama, Azrul menyarankan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan segera, untuk menyiasat skandal 1MDB secara menyeluruh.

“Dengan Suruhanjaya Diraja sahaja, siasatan terhadap kes ini dapat dijalankan tanpa gangguan dan laporan yang disediakan adalah telus dan boleh dipercayai sepenuhnya, sekali gus akan membantu membersihkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal ini, jika beliau didapati tidak bersalah oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja,” katanya.

Sebelum ini, Hasan berkata, penyuntingan beberapa ayat dalam laporan akhir PAC mengenai 1MDB tidak menjejaskan keseluruhan laporan itu.

Hasan berkata, ayat berkenaan dikeluarkan, kerana ia berstatus tidak jelas atau dalam risikan serta bukan untuk pengetahuan awam, lapor FMT.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...