Monday, 11 April 2016

Gara-Gara MIC Buat Laporan Polis, Ceramah Dr. Zakir Naik Di Melaka Dibatalkan

Penceramah agama dari India, Dr. Zakir Naik, yang dijadualkan menyampaikan ceramah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 17 April ini dijangka terpaksa melupakan hasrat itu.

Ini berikutan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang menyatakan pihak polis merasakan majlis itu tidak boleh diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

Arahan itu turut disampaikan Khalid melalui akaun Twitternya:

@PDRMsia memutuskan untuk TIDAK membenarkan Forum ini diteruskan demi Ketenteraman Awam dan sensitiviti Agama diMsia pic.twitter.com/7gP7ux17mK
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) April 11, 2016

Dr. Zakir Naik yang memiliki penilaian kritis dalam soal perbandingan agama, dijangka menyampaikan ceramah berjudul ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam) di UteM.

Terdahulu, Pemuda MIC telah membuat laporan polis di seluruh negara untuk menghalang Dr. Zakir Naik daripada menyampaikan ceramahnya di Malaysia.

Dalam kenyataan, Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh berkata, mereka juga mempertimbang untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi tujuan itu.

“Zakir Naik terkenal dengan taktik merendah-rendahkan agama lain yang mungkin mencetus rasa kurang senang tanpa mengambil kira sensitiviti pihak lain,” ujarnya.

Pada Jumaat, Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mendesak Putrajaya untuk mengharamkan penceramah itu daripada memasuki Malaysia bagi memulakan siri ceramah di Terengganu, dengan menggelarkannya sebagai virus kepada masyarakat berbilang kaum.

Begitupun, pada Ahad, Dr. Zakir Naik menjadi penceramah undangan di Terengganu dengan menyampaikan ceramah bertajuk 'The Importance of Unity Among Muslim Ummah' (Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Ummah Islam) selama dua jam di Stadium Tertutup Gong Badak.

Hampir 30,000 orang memenuhi bahagian dalam dan luar stadium untuk mengikuti ceramahnya yang menekankan akan pentingnya bersatu dalam mengukuhkan Islam, lapor Awani.

Kenapa MIC terlalu bimbang dengan Dr. Zakir Naik, beliau bukannya teroris. Beliau datang untuk berceramah, jika MIC ada hujah sila berdepan dengan Dr. Zakir Naik. Bukan dengan tindakan bacul seperti ini..










6 comments:

  1. KPN ni Hindu ke Islam??

    ReplyDelete
  2. Apsal ASWAJA tak buat laporan polis terhadap MIC & HIndraf kerana menghalang dakwah Islam? Bukan ke Islam agama rasmi? konon nak martabatkan Islam.

    ReplyDelete
  3. Kemana perginya orang2 Islam di Malaysia yang cerdik pandai berhujjah dan berbalah?

    ReplyDelete
  4. Apa dah jadi dengan pentadbiran tertinggi kepolisian tidak benarkan penceramah agama yang terulung dimana-mana pelosok dunia. Pengertian dakwah ternyata disalah erti berdasarkan sentimen kaum dan amatlah memalukan buat sebuah negara seperti Malaysia ini terikut dengan melulu lantaran tidak membenarkan dakwah yang mulia ini diadakan. Seopertimana pada Zaman rasulullah dahulu halangannya ialah menghadapi gejala firaun yang takutkan islam berkembang justru boleh menggugat situasi pemerintahan. Tapi harini nampaknya pemikiran sebahagian pentadbir negara tertinggal dek tamadun yang sekali gus telah menjerumuskan prinsip atau ketandusan carafikir yang tdak berideologikan kepada falsafah islam. Takutkan berlaku sesuatu kekecuhan bukanlah sesuatu yang baru dalam hayat pemerintahan negara selama ini kerana sebelum ini pun pernah agak kecuh oleh krisis antara kaum, tapi dapat dibendung oleh bijak pandai pengurusan pentabir negara dan adalah terkawal tanpa sebarang persengketaan. Kini umat-umat di negara ini jauh lebih matang dan pastinya hanya sebahagian yang selalu buat kecuh tidak suka dakwah seperti ini diteruskan dan lapuran mereka ternyata telah berjaya merubah prinsip pentadbiran kepolisian tanpa mempeduli sebahagian besar sentimen umat-umat islam yang rindukan pendakwahan sebegini rupa. Fikir-fikirkanlah !

    ReplyDelete
  5. Zakir Naik berhujah secara ilmiah. Maka pihak yang menentang tentanglah dengan hujah ilmiah juga. Sangat malang Malaysia mempunyai seorang Ketua Polis seperti Khalid.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...