Friday, 8 April 2016

Gara-Gara Laporan PAC.. MP DAP Berubah Sikap?

Gara-Gara Laporan PAC.. MP DAP Berubah Sikap? Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tan Seng Giaw (Kepong-DAP) berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipertanggungjawabkan diatas skandal sekitar 1MDB.

Kenyataan itu bertentangan dengan pendirian rakan separti dan juga anggota PAC, Tony Pua (Petaling Jaya Utara-DAP), yang berkata Najib boleh dipersalahkan diatas salahlaku atau salahurus yang berlaku dalam syarikat itu.

Seng Giaw pula berpendapat pengurusan 1MDB yang perlu dipertanggungjawabkan untuk masalah yang berlaku dalam 1MDB.

“Tidak. Kita harus lihat secara keseluruhannya. Kita mendapati beliau (Najib) tidak terbabit secara langsung.

Nama beliau hanya disebut kerana tersenarai sebagai ahli lembaga penasihat.

“Selepas itu, (namanya) tidak lagi disebut. Kebanyakannya, melibatkan pihak pengurusan.

Maka, berdasarkan kepada kedaulatan undang-undang: kamu tidak boleh hukum selagi tidak dibuktikan bersalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ruang legar Parlimen hari ini.

Ditanya mengapa nama Najib disebut dalam laporan PAC berhubung dakwaan salah urus dalam 1MDB, Seng Giaw berkata namanya disebut lantaran Perdana Menteri merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Gara-Gara Laporan PAC.. MP DAP Berubah Sikap?

“Semasa siasatan dijalankan, Perdana Menteri tidak terbabit dalam perkara itu (pengurusan syarikat), tetapi dia adalah pengerusi lembaga penasihat.

“Mereka (pengurusan 1MDB) yang menguruskan. Maka orang-orang itulah yang perlu kita siasat. Itulah langkah yang sebetulnya.

“Maka, dari sudut perundangan, bagaimana mungkin kita ambil tindakan terhadap orang yang tidak melakukan apa-apa?

“Justeru, mari kita perhatikan mereka yang terbabit secara langsung. Apa yang betul dan apa yang salah? Ini langkah pertama yang perlu kita ambil.”

Pada pandangan beliau, adakah Najib kena-mengena dengan pengurusan 1MDB? Menjawab soalan itu, Seng Giaw berkata syarikat itu digerakkan oleh pihak pengurusan, bukannya Najib.

“Tidak. Kita tidak boleh kata itu (Perdana Menteri terbabit dengan 1MDB). Kita tidak boleh kata apapun (yang seperti itu).

“CEO yang gerakkan perniagaan itu, dipantau oleh ahli lembaga pengarah,” tambah Seng Giaw.






3 comments:

  1. nanti kasi tlg cancel itu pokok manggis ya...

    ReplyDelete
  2. Inilah sikap rakyat Malaysia yang paling cerdik.
    Pengerusilah yang sepatutnya dipertanggungjawabkan atas kesalahan/kemungkaran/penyelewengan ... yang berlaku dalam organisasi di bawah jagaannya. Kalau nak jadi Pengerusi tapi tak mahu bertanggungjawab, lebih baik letak jawatan sahaja.
    Lihatlah pada kepimpinan Korea, Jepun, ... pemimpin mereka sanggup bertanggungjawab di atas kelemahan yang dilakukan oleh rang bawahnya.
    Kadang-kadang teringin bertanya satu soalan, apakah perlu PM menjadi sebuah syarikat di bawah kerajaan Malaysia? Jadi siapa pulak yang akan memantaunya??? Malaysia Boleh. Haramjadah ... kata Tok Jib pada mereka yang tidak faham.

    ReplyDelete
  3. rasanya yb kepong ni dah kena kepong juga kot.....mari kita lihat siapa yang kena....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...