Tuesday, 12 April 2016

Gara-Gara Celupar Dengan Dr. Zakir Naik, Pejabat Diserang Bom Petrol

Gara-Gara Celupar Dengan Dr. Zakir Naik, Pejabat Diserang Bom Petrol. Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai nyaris hangus, selepas diserang dengan bom petrol, hari ini.

Menurut pengurus pejabat pusat khidmat itu, R Subramaniam yang dipetik Harian Metro Online, beliau terdengar bunyi letupan kira-kira jam 3 pagi tadi.

Sehubungan itu, beliau segera memeriksa sekitar kaki lima pejabat dua tingkat yang terletak di Taman Chai Leng, Prai dan ternampak kebakaran kecil di pintu masuk tingkat bawah bangunan itu.

Kebakaran kecil itu berjaya dipadamkan, sebelum Subramaniam membuat laporan polis.

Jelasnya, ini julung kali pejabat Prof P Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II ditimpa kejadian sedemikian, sejak beliau mula bekerja beberapa bulan lepas.

Gara-Gara Celupar Dengan Dr. Zakir Naik, Pejabat Diserang Bom Petrol

Motif serangan itu tidak diketahui, namun sejak kebelakangan ini, Ramasamy dikecam pelbagai pihak, termasuk warga maya, susulan kritikan penuh kontroversi yang dibuat terhadap pendakwah dari India, Dr Zakir Naik.

Beberapa hari lalu, Timbalan Setiausaha Agung DAP itu menggelar Dr Zakir Naik sebagai “setan” di Facebooknya, sebelum beliau memadamkan perkataan itu, selepas mendapat kecaman pelbagai pihak, lapor Free malaysia Today.





3 comments:

  1. Take this news with a grain of salt...ntah2 semdiri bkr utk cover line dan raih simpati

    ReplyDelete
  2. Saya nasihatkan Timbalan KM1 Pulau Pinang supaya menjaga mulut dan lidah ketika me geluarkan kenyataan dan berbincang dgn angota2 parti terutama ahli2 parti DAP supaya UMNO/BN tidak mengambil kesempatan menyemarak api kebencian dikalangan rakyat terhadap kerajaan negeri dan elakkan nila setitik rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  3. Bab2 ugama ni cukup sensitif. Guna akai sblm keluar kata2. Kalau dh viral kita tak tahu hati orang. Mcm2 bole berlaku. Kerana mulut sumer binasa.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...