Monday, 18 April 2016

Gambar Sekitar Pengebumian Imam Masjid Nabawi

Gambar Sekitar Pengebumian Imam Masjid Nabawi. Imam Masjid Nabawi, Sheikh Muhammad Ayyub, 63, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 7 pagi (waktu Madinah), Sabtu.

Berita kematian Muhammad Ayyub yang juga pengajar Ilmu Tafsir di Universiti Madinah disahkan menerusi akaun Twitter allahyarham yang dikendalikan oleh anak lelakinya, @DR_MAyoub yang menulis, “Kita adalah milik Allah, kepadaNya kita kembali. 

Ya Allah, lindungi kami dari musibah dan gantikan untuk kami sesuatu yang lebih baik dari musibah ini. 

Telah wafat bapa saya, Sheikh Mohammed Ayub.”

Jenazah allahyarham disolatkan selepas Zuhur hari ini di Masjid Nabawi sebelum dimakamkan di perkuburan Baqi Al Gharqad Madinah.

syaikh-ayyub
syaikh-ayyub-2-696x391
syaikh-ayyub-4
Muhammad Ayyub dilahirkan di Makkah pada 1953. Setelah menamatkan persekolahan allahyarham berhijrah ke Madinah untuk menyambung pengajian sehingga bergelar Sarjana Syariah seterusnya Doktor (Tafsir) di Universiti Madinah.

Gambar Sekitar Pengebumian Imam Masjid Nabawi

Pada masa sama allahyarham turut menuntut ilmu dengan ulama-ulama besar. Pada usia 36 tahun allahyarham dilantik menjadi imam Masjid Nabawi pada 1989 hingga tahun 1997.

Kepakaran allahyarham dalam bidang agama dan tafsir membuatkan dirinya diterima baik di Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain dan Iran. Sejumlah ulama, termasuk beberapa imam Masjidil Haram dan imam Masjid Nabawi merupakan anak muridnya.

Imam Masjid Nabawi, Syeikh Dr. Muhammad Ayyub sewaktu memberi ucapan di saluran Peace TV.
Imam Masjid Nabawi, Syeikh Dr. Muhammad Ayyub 
sewaktu memberi ucapan di saluran Peace TV

Anak lelaki Muhammad Aiyub memberitahu dalam satu wawancara, allahyarham bapanya teringin menjadi imam Masjid Nabawi semula sebelum ajal menjemput dan dengan takdir Allah Taala doa itu terkabul apabila allahyarham kembali diangkat menjadi imam Masjid Nabawi pada 2015.

Gambar Sekitar Pengebumian Imam Masjid Nabawi

Selain di Masjid Nabawi allahyarham pernah pernah menjadi imam di Masjid Quba, serta dua lagi masjid yang terletak di luar Madinah iaitu Masjid Alnnabiah dan Masjid Husseini Abdullah di Amman, yang merupakan tempat ibadah yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kefasihan Muhamad Ayyub membaca Al-Quran juga membuatkan bacaannya dikongsikan dan dinikmati umat Islam di setiap ceruk dunia.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...