Thursday, 28 April 2016

Exco Dedah Punca Sultan Mizan Murka

Exco dedah punca Sultan Mizan murka. Cadangan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib mendedahkan cadangan sebaliknya keputusan peribadi Ahmad Razif dan beliau mempunyai alasan tersendiri berhubung perkara itu.

“Oleh kerana Menteri Besar yang cakap, maka kena tanya pada beliau. Isu ini juga tidak pernah dibincangkan di dalam mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Terengganu,” katanya kepada FMT.

Malah, menurut ADUN Ajil itu sebarang penggunaan rizab tanah Kerajaan Terengganu hendaklah mendapat persetujuan daripada Tuanku Sultan.

“Semua tanah di Terengganu ini selain milik individu, adalah kepunyaan kerajaan dan Raja. Bahkan keputusan muktamad Ahmad Razif (mahu beri tanah kepada Dr Zakir Naik) terletak pada Tuanku Sultan. Kalau Tuanku Sultan kata tidak boleh maka kena akur malah, membuat pengumuman tanpa maklum kepada Tuanku Sultan pun sudah dikira salah,” katanya.

Exco dedah punca Sultan Mizan murka. Difahamkan, tindakan Zakir memberi syarahan di Terengganu turut tidak disenangi Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, kerana dikhuatiri mungkin menyebarkan ajaran sesat.

Menurut laporan China Press, selain menghadiri ceramah pendakwah dari India itu, Ahmad Razif turut menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir, bagi tujuan penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di negeri itu.

Tindakan Ahmad Razif menyokong pendakwah kontroversi juga dilapor sebagai punca darjah kebesarannya dilucutkan Sultan Terengganu, lapor FMT.



3 comments:

  1. Lain kali nak buat apa2 utk agama kena mintak dulu, kalau sakit demam kena tunggu kebah baru boleh jalankan, tu pun kalau diizinkan hehe
    Lain la nak buat disko de koroke ke , boleh la buak slalu

    ReplyDelete
  2. auta lah tu, masuk sentimen agama sikit ,ye ke, nak bangunkan ganu pun kena marah?

    ReplyDelete
  3. bezanya yg faham agama ...bukan kah ada hadis nabi ,mamfumnya akan dikluarkan isi penghuni neraka yang di hatinya ada kalimah. tiada tuhan melainkan hanya Allah....
    walu sakit di neraka tu tapi sekurang terhindar dari mnjadi penghuni selamanya,tk perlulah mnuduh yg bukan2....Allah hu aklam

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...