Wednesday, 13 April 2016

Dr. Zakir Naik : Komen Paling Sentap..

Dr. Zakir Naik : Komen Paling Sentap. Susulan bantahan kehadiran serta larangan ke atas program pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik, ini respons pedas Pencetus Ummah (PU), Azman Syah.

“Alhamdulillah, Selena Gomez akan datang ke Malaysia 25 Julai ini. Moga menyambung tarbiah Ramadan. ‘Diharapkan’ tidak ada sebarang bantahan terhadap tokoh perpaduan itu.

“Yang pasti, antara Zakir Naik dan Selena Gomez tidak membawa agenda yang sama. Kalau Zakir Naik pemecah belah, Selena Gomez membawa misi ‘penyatuan ummah’?

“Seakan air mata ini ingin mengalir sambil berharap agar Selena Gomez dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada tahun Hijrah depan,” tulisnya di Facebook.

Sebelum ini, Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) mendesak kerajaan segera membatalkan program yang melibatkan Zakir termasuk melarangnya memasuki negara ini.


Semalam, Khalid mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak membenarkan forum Zakir Naik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) demi ketenteraman awam dan sensitiviti beragama di negara ini.

Dr. Zakir Naik : Komen Paling Sentap

Zakir dijadualkan akan berada di UTeM bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam', Ahad ini.

Sementara itu, Mufti Perlis yang mengulas mengenai larangan itu menawarkan Zakir ke Perlis bagi menyampaikan ceramahnya sekiranya ceramah asalnya di Melaka itu dibatalkan, lapor Sinar Harian.




2 comments:

  1. suruh selena gomes ni buat pertunjukkan kat melaka, gerenti dpt pingat Datok lepas tu.

    ReplyDelete
  2. Azman syab ada pg sekolah ker... Lebih baik masuk tadika ulang balik korikulum unmo..

    Pendakwah dan penghibur pun tarak tau beza

    Kalau salena getel kutuk agama org atau kutuk ct nhaliza pun rakyat bangkit..

    Isu skrg ku ularrrmak ke gentel ker asal jgn kutuk org ada phm budak tadika?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...