Saturday, 16 April 2016

Dr. Zakir Naik Diperlekeh Oleh Menteri Kontroversi Ini

Dr. Zakir Naik Diperlekeh Oleh Menteri Kontroversi Ini. Tidak perlu mempelawa pendakwah kontroversi seperti Dr Zakir Naik ke Malaysia dan mencetuskan huru-hara yang perlu dibersihkan selepas itu.

Ini kerana, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, Malaysia sudah mempunyai ulama sendiri.

Beliau menyifatkan tindakan membawa Dr. Zakir Naik ke negara ini untuk berceramah mengenai agama sebagai tidak perlu, kerana walaupun ada yang menyifatkannya “sederhana” selepas mendengar syarahannya, penganut agama lain mungkin tidak sependapat.

“Semuanya tentang persepsi dan persepsi dibuat berdasarkan apa dilakukannya sebelum ini. Saya rasa jika anda mahu bercakap mengenai agama, cakaplah tentang agama anda sendiri.

“Untuk mengadakan satu sesi (di mana anda membuat) perbandingan (dengan agama lain), anda terikat kepada kesimpulan agama anda lebih baik.

“Lagipun, adakah ia perlu? Adakah umat Islam di sini perlu diberitahu yang kita tidak berada di landasan betul? Saya rasa tidak. Dengan mempelawa lelaki ini untuk memberi syarahan di sini, sudah tentu akan mendapat tentangan pihak tertentu,” katanya kepada FMT.

Dr. Zakir Naik Diperlekeh Oleh Menteri Kontroversi Ini

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, landskap masyarakat berbilang agama di negara ini perlu dilindungi daripada sebarang tindakan yang mungkin mencetuskan perpecahan.

Beliau berkata, ia bukannya mengenai kebebasan bercakap, tetapi yang penting ialah keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Ia untuk memastikan rakyat Malaysia tidak berpecah belah disebabkan seseorang yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Malaysia. Dia akan bagi ceramah dan tinggalkan negara ini.

“Kita yang ditinggalkan dengan semua masalah yang mungkin ditimbulkannya. (Mempertimbangkan) apa yang dia cakap sebelum ini, adalah biasa untuk penganut agama lain yang telah diperkecilkannya, bimbang tentang kedatangan lelaki ini ke sini,” katanya.

Kehadiran pendakwah kelahiran Mumbai itu ke Malaysia telah membangkitkan kemarahan masyarakat Hindu yang menghina dewa dan kepercayaan mereka terhadap amalan pemakanan sayur.

Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 itu turut dihalang berceramah di Kanada dan United Kingdom, kerana menyokong kumpulan pengganas Al-Qaeda, lapor FMT.






6 comments:

  1. Boleh Menteri namakan ulama mana yang berkebolehan seperti Dr Zakir Naik? Nak juga mendengarnya.

    ReplyDelete
  2. Kita merasa amat dukacita melihat makhluk liberal yang mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi mereka yang tidak takut pada Allah tetapi mereka takut pada pemimpin kafir. Siapakah tuhan mereka sebenarnya?

    Makhluk liberal menentang ajaran Islam dan hukum Allah dan menghina dan menfitnah ulama-ulama Islam. Mereka berlemah lembut dan berlunak terhadap orang-orang kafir tetapi bersifat keras terhadap sesama Muslimin dan sikap ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

    Manusia liberal ini adalah musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut yang beruaha melemahkan agama Islam dan mengelirukan umat Islam dari dalam. Dan pada masa yang sama, musuh Islam menyerang Islam dari luar.

    "Dan mereka (golongan munafik) berkata: "(Kami) taat", kemudian apabila mereka keluar dari majlismu, segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari satu rancangan yang lain daripada (pengakuan taat) yang mereka katakan (kepadamu). Sedang Allah (perintahkan malaikat) menulis apa yang mereka rancangkan itu; maka berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka, (janganlah dihiraukan apa yang mereka rancangkan), serta berserahlah kepada Allah; kerana cukuplah Allah menjadi Pembela (yang memeliharamu dari angkara mereka)." (An-Nisaa' 4:81)

    ReplyDelete
  3. sudah pasti menteri ini lagi handal dari dr zakir dalam ilmu agama perbanddingan dan lebih berjaya menarik oraang lain masuk islam....

    ReplyDelete
  4. Rasulullah (s.a.w) diutus untuk membawa Islam kepada kaum Quarisy yang telah mantap kepercayaan mereka (dalam kesesatan) kerana Allah mahu memberi petunjuk kepada jalan yang benar.

    Dr Zakir Naik dijemput untuk memantapkan aqidah umat Islam di Malaysia yang masih berbeza2 kekuatannya. Disamping itu, beliau juga mengambil peluang ini untuk menyampaikan risalah Allah kepada seluruh rakyat yang berbilang bangsa dan ugama. Kerja ini tidak tertakluk kepada ulama d Malaysia sahaja, sebaliknya ia adalah tanggung-jawab setiap Muslim di seluruh dunia.

    Perlembagaan Malaysia memberi kebebasan rakyat untuk menganut apa2 ugama yang mereka mahu tetapi hanya Islam dibenarkan untuk disebarkan secara meluas dan terbuka.

    So, apa hal dengan menteri ini?

    ReplyDelete
  5. setan gondol penyokong najib menampakkan dirinya....

    ReplyDelete
  6. Kepada Tuan Menteri dan sesiapa yg tidak bersetuju dengan ceramah Dr Zakir Naik
    Dr Zakir Naik mengulas perbedaan agama berkenaan persamaan ajaran yang ada dalam kitab agama masing masing. Beliau tidak mengulas atau berceramah atau membeza beza kan ajaran antara kitab yang bertentangan.

    Ambil satu sebagai contoh point yg beliau berceramah atau berdebat ialah tentang kefahaman ajaran iaitu Tuhan itu Esa(Satu). Semua kitab iaitu kitab Injil, Weda dan taurat ada menyatakan dalam kitab mereka supaya menyembah tuhan yang satu.

    Dr Zakir naik telah memberikan rujukan ayat ayat dari kitab mereka tentang pernyataan bahawa tuhan itu satu, tidak beranak atau diperanakkan,tidak menpuyai wajah atau patung.

    Dari sudut ilmiah atau intektual Sekira nya sesiapa yang tidak bersetuju dengan pandangan atau rujukan yang dinyatakan oleh Dr Zakir Naik ketika sesi ceramah, mereka boleh berikan fakta dan hujah yang bernas bahawa apa yang didakwa Dr Zakir Naik adalah salah dan yang betul nya adalah begini dan begitu.

    Bagi umat Islam seperti saya Peceramah yang ulung ini perlu disokong kerana
    *umat melayu sekarang ini banyak yang telah terjerumaus dalam murtad.Ceramah Dr Zakair Naik dapat memberikan kefahaman dan akan membuat kita berfikir tentang kebenaran
    * Allah mencintai orang yang membawa kebaikan dan mengajak manusia menyerah diri kepada Alllah yang maha Esa. Memberikan berita kebenaran dan berpesan pesan sesama manusia adalah tanggung jawab seluruh muslimin yang ada dimuka bumi ini. Erti kata lain kerja ini bukan hanya tugas para nabi saja. Tanggung jawab ini juga termasuk tugas kita dan golongan pemimpin itu sendiri
    * Kitab Alquran itu benar.Tidak ada sebarang syak padanya. Dunia sudah semakin penghujung. Dalam Alquran dan hadith sahih telah menceritakan fitnah yang paling besar (Masha Allah)iaitu kemunculan dajjal yg mana akan menyesat umat Islam supaya beralih tauhid mereka menyembah Dajjal. kemunculan Dajjal ini akan morebek keimanan kita kepada Allah dengan ujian yang maha dasyhat. Sudah sedia kah tuan Menteri dan kita semua termasuk saya menghadapi ujain yang akan dilakukan oleh Dajjal. Terus terang saya sendiri merintih dan berdoa agar Allah selamat kan kita dari ujian Dajjal yang dasyhat ini. Sekiranya kita menentang usaha usaha dakwah Adakah kita berada didalam golongan kaum yang menentang Dajjal atau kita sujud dikaki Dajjal kerana tidak tertanggung ujian ujian yang maha dasyhat itu. Allahu wa'lam

    Saya mohon tuan menteri jika tidak mahu memikul tanggung jawab menyebarkan berita kebenaran ini.. Berilah kepada mereka yang mahu ambil tanggung jawab ini dan beri ruang kepada kami untuk bersama sama dengan mereka

    Pesan saya pada tuan menteri dan diri saya jangan dikhianati agama Islam kita ini kerana kita tidak tahu apakah nasib kita dikemudaian hari. Mudah mudahan Allah memberi petujuk dan hudayah kepada tuan menteri dan kita semua. Aamiin ..Allahhu Akbar

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...