Monday, 11 April 2016

Dr. Zakir Naik Belasah Balik Pelajar Perubatan

GONG BADAK - Seorang hadirin mendakwa, Kerajaan Malaysia tidak menghargai pelajar perubatan sepertinya dalam sesi soal jawab bersama Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak, cetus pelbagai reaksi netizen di media sosial, semalam. 

"Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti saya yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser?

"Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi sehingga memaksa pelajar seperti saya berhutang dan menanggung riba," soal pelajar berkenaan yang menerima tepukan dan sorakan gemuruh dari hadiran yang lain.

"Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?" tanya  Dr Zakir Naik padanya. 

"RM3,600 setahun!" jawabnya. 

Terkejut dengan kos yang dinyatakan, berikut penjelasan beliau:

"Kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah US$100,000. Kira baik kerajaan memberi subsidi yang banyak untuk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah, kenapa pergi buat pinjaman yang mengamalkan riba? 

"Itu adalah salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal. Kalau tidak mampu, boleh mohon bantuan dari dua pusat berkenaan," jelas beliau.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau sanggup membiayai pengajian pelajar terbabit dengan rakan-rakannya, namun jangan salahkan kerajaan Malaysia.

Mungkin Dr. Zakir Naik tidak faham sentimen rakyat Malaysia terhadap pemimpin yang ada sekarang. Terutama melibatkan skandal Najib dengan 1MDB yang tiada kesudahan.




3 comments:

  1. Betul..
    Tanpa riba Msia tak boleh hidup

    ReplyDelete
  2. 2 isu yg berbeza, tidak sebulu dgn pentadbiran kerajaan dan isu kos & pinjaman pengajian adalah berbeza..byk kena study lg bakal doktor ni.dr zakir mungkin tak paham tapi yg tanya soalan / beri info yg gagal memahamkan org yg ditanya.

    ReplyDelete
  3. Manusia berjiwa lalat memang begitu, yang busuk juga yang dicari..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...