Wednesday, 6 April 2016

Disebabkan Rafizi Ramli Ditahan Polis Tiada Siapa Ambil Anak Di Pusat Jagaan?

Disebabkan Rafizi Ramli Ditahan Polis Tiada Siapa Ambil Anak Di Pusat Jagaan? Raja Kamarul Bahrin mempertikaikan tindakan polis menahan Rafizi Ramli ketika Ahli Parlimen Pandan itu dalam perjalanan mengambil anak di pusat jagaan kanak-kanak.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, tindakan itu dianggap kejam dan beliau sebagai seorang bapa memahami perasaan Rafizi ketika itu.

“Waktu dan ketika Rafizi ditahan merupakan kekejaman yang dibuat untuk memecahkan semangat kekeluargaan Rafizi dan keluarganya.

“Beratus-ratus tempat dan waktu Rafizi Ramli boleh ditahan tetapi kenapa pada saat dan ketika itu. Saya yakin polis mengetahui rutin hariannya,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Raja Kamarul menjelaskan Rafizi Ramli ditahan pada jam 6 petang semalam dan pada waktu itulah beliau akan mengambil anaknya memandangkan isterinya juga bekerja.

“Saya masih terkenang ekspressi wajah Rafizi dan bahasa tubuhnya ketika dia diminta turun dari kereta miliknya dan dibawa ke kereta yang lain.

” Saya juga bersimpati apabila memikirkan anak Rafizi yang berusia dua tahun menunggu kedatangan bapanya di pusat jagaan.

Disebabkan Rafizi Ramli Ditahan Polis Tiada Siapa Ambil Anak Di Pusat Jagaan?

“Pihak autoriti seharusnya malu dengan tindakan kekejaman yang dibuat terhadap anak berusia dua tahun. Apa yang sudah terjadi dengan ‘Keluarga dan Masyarakat Penyayang’?,” katanya.

Rafizi ditahan di luar bangunan Parlimen petang semalam, mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana membocor rahsia rasmi berkaitan laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan laporan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1MDB.

Semalam, LTAT juga memfailkan saman terhadap Rafizi Ramli kerana mengaitkan badan berkanun itu dengan kelewatan membayar gratuiti kepada pesara tentera yang didakwa berpunca kekurangan aliran tunai.

Rafizi ditahan di lokap Balai Polis Jinjang dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya petang ini mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...