Friday, 1 April 2016

Dalam Diam.. Pegawai Kehakiman AS Siasat Skandal 1MDB Di Malaysia?

Pegawai Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dikatakan pernah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan beberapa orang yang mempunyai kaitan rapat dengan syarikat pelaburan tempatan, 1MDB dalam membantu siasatan mereka.

Demikian lapor agensi berita Reuters, yang turut memetik sumber dalaman bank pelaburan JPMorgan dan Deutsche Bank bahawa pegawai jabatan itu juga telah meminta kedua-dua entiti tersebut memberikan maklumat berkaitan urus niaga mereka dengan 1MDB.

Namun, kata laporan itu lagi, JPMorgan dan Deutsche Bank bukanlah sasaran dalam siasatan tersebut.

Dalam pada itu, agensi berita AFP pula menyatakan Luxembourg juga telah memulakan siasatan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan skandal tersebut.

Pejabat Pendakwa Luxembourg dalam satu kenyataan berkata, siasatan tersebut berikutan “wang haram tersebut berkemungkinan daripada penyelewengan dana awam.”

Keputusan untuk mengadakan siasatan diambil “selepas petunjuk konkrit” bahawa dana awam telah dipindahkan melalui syarikat yang memiliki akaun di negara tersebut, selain Singapura dan Switzerland, kata kenyataan itu lagi seperti dipetik AFP.

Antara negara lain yang turut menyiasat skandal 1MDB adalah Singapura, Hong Kong dan Switzerland.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...