Monday, 11 April 2016

Dakwaan Cagar Hasil Minyak Oleh Mat Said Memang Benar Ke? Mari Lihat Bukti Ini..

Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) cuba menjadikan industri minyak dan gas negeri sebagai cagaran.

“Tidak ada seumpamanya. Exco kami tentunya tidak bersetuju mengenai dakwaan itu memandangkan kami juga memiliki pasukan pakar yang menasihati kami,” ujar Ahmad Razif seperti dilaporkan portal berita The Star Online.



Apakah terdapat perbezaan dari segi tafsiran ayat2 di atas ? Wallahualam .....

so .... bila nak buat majlis pengiktirafan jasa mantan MB MatSaid dan DYMM Sultan Terengganu atas jasa mereka menyelamatkan RM6 bilion royalti minyak Terengganu daripada tergadai dek Jho Low ?

Nak cover 6 bilion kena buat pinjaman, pasti ada interest dan bayaran balik pasti menjangkau puluhan tahun .... rakyat Terengganu seharusnya berterimakasih kepada mereka berdua !

Ini bukan ayat politik tapi kenyataan. Lihatlah apa yang sudah berlaku kepada 1MDB sekarang ..... Nasib baik Mat Said dan Baginda Sultan berindak awal dengan untuk tidak memperjudikan masadepan rakyat Terengganu di tangan Jho Low.

Yang benar katakanlah sebagai benar .... 

Ini satu lagi -
Apakah laporan itu disediakan sebagaimana yang dititah oleh Sultan Terengganu ? Atau titah Sultan itu juga turut diperlekehkan oleh Jho Low dan mereka yang bersyubahat dengannya ?



Dakwaan atas  adalah dari blog Din Turtle (baca sini).. Jikalau benar dakwaan ini satu lagi penemuan bukti baru yang harus disiasat oleh PAC. Itupun kalau nak siasatlah...



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...