Tuesday, 19 April 2016

Calon Presiden Biadap

Calon Presiden Biadap. Duta Australia dan calon presiden Filipina mengecam keras kenyataan seorang calon presiden negara itu ketika kempennya minggu lalu bahawa dia sebagai gabenor sepatutnya ‘mendapat peluang pertama’ merogol wanita Australia yang dirogol beramai-ramai dan dibunuh banduan ketika krisis tebusan di sebuah penjara di Davao, pada 1989.

Datuk Bandar Davao, Rodrigo Duterte, bercakap mengenai pembunuhan Jacqueline Hamill, 36, dan empat lagi mubaligh. 

Tentera menyerbu penjara selepas seorang tebusan lelaki dibunuh dan tebusan wanita dirogol. Semua 16 banduan terbabit mati serta lima daripada 15 tebusan.

“Apa yang saya fikirkan, mereka merogolnya, bergilir-gilir merogolnya. Kenapa saya marah - kerana dia dirogol? Ya, ia antara sebab, namun juga kerana dia amat cantik dan datuk bandar sepatutnya mendapat giliran pertama,” kata Rodrigo Duterte ketika berkempen Selasa minggu lalu.

Penyokongnya ketawa dan bersorak dan Rodrigo Duterte tersenyum seperti dapat dilihat di YouTube.

Duta Australia, Amanda Gorely, melalui Twitternya semalam, berkata rogol serta pembunuhan tidak wajar dipersendakan dan keganasan terhadap wanita tidak boleh diterima sepanjang masa dan di mana saja.

Calon Presiden Biadap

Saingan terdekat Rodrigo Duterte, Senator Grace Poe, berkata kenyataan Duterte itu amat tidak boleh diterima dan menggambarkan dirinya yang tidak menghormati wanita.

Timbalan Presiden Jejomar Binay berkata: “Anda orang gila yang tidak menghormati wanita dan tidak layak menjadi presiden.”

Rodrigo Duterte yang enggan memohon maaf, berkata: “Saya bercakap ketika marah (dengan kejadian tebusan itu), saya tidak bergurau. Saya kata, dia cantik seperti aktres. C****a, mereka kalahkan saya untuk mendapatkannya. Bunuh mereka semua.” lapor Harian Metro.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...