Wednesday, 27 April 2016

Calon Dugong Salahkan Pembangkang Punca Skandal 1MDB

Calon Dugong salahkan pembangkang punca skandal 1MDB. Calon terus BN mempunyai versi sendiri apabila membicarakan skandal 1MDB yang dikatakan mencalar imej kerajaan dengan mempersalahkan pembangkang.

Calon Dugong, Datuk Tiong Thai King berkata kemelut 1MDB berlaku kerana pembangkang gagal dalam tugasnya memantau kerajaan.

Dalam temu-bual dengan akhbar berbahasa Cina, China Press Tiong berkata pembangkang mengabaikan tugas mereka dan menjadi tidak relevan kerana ia tidak dapat berpernan dengan berkesan.

"Mereka (pembangkang) gagal memantau kerajaan dan menghalang semua perkara ini daripada berlaku.

Calon Dugong salahkan pembangkang punca skandal 1MDB. "Jika mereka telah gagal dalam tugas, mengapa kita perlu terus mengundi mereka?" soalnya.

Oleh itu, beliau menggesa pengundi untuk menyokong BN Sarawak supaya ia mendapat mandat lebih besar untuk membangunkan negara, lapor Malaysiakini.






1 comment:

  1. Oleh kerana pembangkang gagal. maka kita tukar pembangkang.. biar BN jadi pembangkang pulak.. set!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...