Friday, 22 April 2016

Bongkak Sungguh Pemimpin Ini..

Bongkak Sungguh Pemimpin Ini. Parti pembangkang menerusi Pakatan Harapan mungkin mendakwa gabungan itu mewakili harapan rakyat tetapi hakikatnya mereka membawa kemusnahan kepada negara, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Katanya, Pakatan Harapan sangat berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang berusaha untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di Malaysia terutama di Sarawak.

Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, budaya politik yang diamalkan parti dalam Pakatan Harapan tidak boleh disebarkan ke Sarawak kerana boleh menghancurkan negeri itu.

“Sebab itulah, kita tidak mahu terlalu memberi fokus kepada pembangkang. Jika budaya politik pembangkang dibawa masuk ke Sarawak, ia boleh menghancurkan negeri,” katanya sambil menambah berbeza dengan Pakatan Harapan, BN memberi fokus kepada tiga aspek utama iaitu keamanan, kestabilan dan keharmonian.

“Jika kita boleh mengekalkan tiga aspek ini, kita mampu membawa kemajuan kepada negeri, negara dan rakyat,” katanya.

Bongkak Sungguh Pemimpin Ini. Bercakap dalam sidang media hari ini, Fadillah berkata, budaya politik negatif dalam Pakatan Harapan semakin jelas kelihatan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 7 Mei ini.

Beliau mengaitkan perebutan kerusi antara DAP dan PKR yang menyaksikan bekas Pengerusi PKR Sarawak, Boniface Willy Tumek, bertindak keluar parti kerana tidak puas hati PKR tunduk kepada DAP.

“Dalam kalangan mereka sendiri pun berpecah. Lebih teruk lagi, corak kempen Pakatan Harapan yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat Sarawak dan Malaysia khasnya,” katanya.

Bongkak Sungguh Pemimpin Ini. Fadillah berkata, atas alasan itu kerajaan Sarawak perlu bertegas dalam melindungi negeri daripada anasir-anasir yang boleh menggugat perpaduan rakyat.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dikritik kerana menghalang pemimpin pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang dikaitkan dengan UMNO daripada memasuki Sarawak.

Antara mereka adalah Nurul Izzah Anwar, S Sivarasa, Teresa Kok, Tony Pua, Rafizi Ramli, Mohamad Sabu, Khalid Samad, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua dan Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Yunos serta bloggers kontroversi, Papagomo, lapor FMT.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...