Monday, 4 April 2016

Blogger Kontroversi Dedah April Adalah Bulan Terakhir Buat Najib

Blogger Kontroversi Dedah April Adalah Bulan Terakhir Buat Najib. Penentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang berusaha menjatuhkan Najib, sebelum Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz meletak jawatan.

Dalam satu catatan di laman web Malaysia Today, penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamaruddin menyatakan, ia adalah satu daripada dua alasan terhadap tindakan tergesa-gesa penentang Najib daripada kumpulan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Najib.

Raja Petra mendakwa, penulis blog dan pengamal media veteran, Datuk A Kadir Jasin telah memaklumkan kepada rakan-rakannya bahawa bulan ini adalah bulan terakhir buat Najib.

“Saya telah dengar mengenainya sebelum ini. Pertama kali pada Julai 2015, kemudian pada Ogos, September, Oktober, November dan Disember. Sekarang pula pada April 2016.”

Raja Petra mempersoalkan tindakan terburu-buru menggulingkan Najib, walaupun penentangnya yakin Umno akan kalah pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, Raja Petra memberi dua alasan. Pertama, penentang daripada kumpulan Mahathir hanya mahu Najib tersingkir, bukannya Barisan Nasional dan Umno.

Jelasnya, kerjasama Mahathir dengan parti pembangkang tidak bermakna negarawan itu bersekongkol dengan pembangkang.

Blogger Kontroversi Dedah April Adalah Bulan Terakhir Buat Najib

“Beliau hanya menggunakan pembangkang untuk menyingkirkan Najib dan pihak pembangkang pula fikir mereka mempergunakan Mahathir untuk menewaskan Barisan Nasional dan Umno.”

Alasan kedua yang diberikan Raja Petra ialah peletakan jawatan Zeti, iaitu Gabenor BNM boleh membuatkan Najib ditahan sebelum penggalnya berakhir pada hujung bulan ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika perkara itu berlaku, Zeti perlu memberi penjelasan panjang lebar berhubung isu RM2.6 bilion.

“RM2.6 bilion bukan jumlah kecil, bagaimana wang itu boleh masuk ke Malaysia tiga tahun lalu tanpa mencetuskan sebarang amaran, sedangkan dengan RM100,000 sahaja amaran akan berbunyi?” katanya dalam catatannya.

Selepas menerajui BNM selama 16 tahun, Zeti bakal bersara pada 30 April ini dan penggantinya masih tidak diketahui sehingga kini.

Sebelum ini, Zeti berikrar akan menyelesaikan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum tamat penggalnya.

Sejak itu, beliau mula mengambil tindakan terhadap syarikat pelaburan strategik kerajaan terbabit, kerana gagal mengemukakan bukti berhubung peruntukan USD1.83 bilion yang digunakan untuk pengurusan hutang dan melaksanakan penstrukturan di luar negara.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...