Tuesday, 19 April 2016

Berani Ke Adnan Satem Sahut Cabaran Ini?

Berani Ke Adnan Satem Sahut Cabaran Ini? DAP hari ini mencabar Kerajaan Negeri Sarawak melarang pengundi awal dari Semenanjung yang berkhidmat di Bumi Kenyalang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, bagi membuktikan usahanya dalam memperjuangkan hak autonomi negeri itu.

Ini kerana, tegas Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, perjuangan autonomi perlu bermula daripada perkara paling asas, iaitu proses memilih kerajaan negeri.

“Pengundi pos ini dari Semenanjung akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya untuk memilih kerajaan negeri. Ia memberi kelebihan yang tidak adil kepada BN.

“Jika benar kerajaan negeri, khususnya Adenan Satem memperjuangkan autonomi, biar rakyat Sarawak yang memilih sendiri kerajaan negeri mereka,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak, hari ini.

Tambahnya, tindakan tersebut lebih penting daripada melarang pemimpin pembangkang dari Semenanjung untuk berkempen di Sarawak.

Berani Ke Adnan Satem Sahut Cabaran Ini?

“Pemimpin pembangkang datang hanya untuk membantu kempen. Tetapi, pengundi awal ini akan mengundi, memberi kesan secara langsung kepada keputusan pilihan raya,” katanya lagi.

Menurut SPR, untuk PRN ke-11 ini, pengundi awal terdiri daripada 25,022 orang (anggota polis, tentera serta pasangan) dan 106 pengundi pos (luar negara).

Chieng Jen mendakwa, di kawasannya iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa, terdapat tambahan 400 pengundi awal yang menjadikan jumlah keseluruhan 3,300 orang.

“Sebanyak 80 peratus dari Semenanjung. Pada masa sama, 6,000 pengundi dikeluarkan (dari Kota Sentosa). Dan anda tahu, keseluruhan proses (undi pos) tidak telus,” dakwanya lagi, lapor FMT.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...