Saturday, 16 April 2016

Akibat Tidak Puas Hati.. BN Sarawak Berdepan Sabotaj Ahlinya Sendiri

BN Sarawak Berdepan Sabotaj Ahlinya Sendiri. Langkah Barisan Nasional (BN) melantik calon langsung untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dikhuatiri akan menyebabkan sabotaj khususnya di peringkat tempatan.

Menerusi analisis Sin Chew Daily, walaupun calon langsung itu diterima di peringkat atasan, namun parti komponen BN di peringkat akar umbi mungkin akan menolak kehadiran mereka.

“Selain sabotaj yang membawa kerosakan, mereka yang tidak terpilih untuk bertanding juga akan memilih tidak membantu dalam kempen BN.

“Ini akan mewujudkan imej negatif dalam kalangan pengundi, selain berdepan musuh daripada pembangkang, mereka juga perlu berwaspada dengan kerosakan yang dibawa orang sendiri,” tulis pengarang akhbar berbahasa Cina itu.

Menurut analisis itu lagi, Panglima BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem perlu menghalang pasrti-parti komponen melakukan sabotaj jika mahu memastikan kemenangan besar di Bumi Kenyalang.

BN Sarawak Berdepan Sabotaj Ahlinya Sendiri

Ramai calon yang melihat diri berpotensi menang telah berebut menjadi calon BN sehingga kerusi Simunjan dan Kabong yang ditanding Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) masing-masing direbut enam calon.

Kerusi Ba’kelalan yang secara tradisi ditandingi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) pula direbut oleh lapan orang.Pada pilihan raya 2011, penyandang kerusi Ba’kelalan, Nelson Balang Rining ditukar pada saat terakhir. 

Disebabkan kekurangan orang lain, Willie Liau dilantik sebagai calon.Ia telah menimbulkan suara tidak puas hati sekali gus membolehkan calon PKR, Baru Bian menang kerusi itu dengan majoriti 473 undi.

Perebutan dalam kalangan orang BN akan membawa kebaikan kepada pembangkang dan calon bebas yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara orang-orang BN, lapor FMT.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...