Friday, 8 April 2016

Akhirnya Wayang Rafizi Ramli Terbongkar..

Akhirnya Wayang Rafizi Ramli Terbongkar. Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak berlakon akan cuba menagih simpati apabila beliau meletak kedua-dua belah tangan dibelakang seolah-olah digari ketika diiringi polis di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapat perintah tahanan reman pada Rabu lalu.

Peguam Rafizi Ramli, Saiful Izham Ramli berkata, arahan memegang pergelangan tangan bagi membataskan pergerakan tangan sambil kedua- dua lengan dipegang kemas kiri dan kanan oleh pegawai polis merupakan amalan biasa polis bagi situasi di mana orang yang disyaki atau dituduh tidak bergari, terutamanya bagi tertuduh tidak dikatagorikan sebagai pesalah atau penjenayah tegar.

“Ia bukan perbuatan ‘lakonan’ atau ‘wayang’ atau ‘menagih simpati’ tetapi prosedur biasa pihak polis dalam membawa Orang Kena Tuduh (OKT) di dalam kategori ini ke mahkamah dalam mengawal pergerakan mereka. Semuanya atas budi bicara pegawai polis yang mengiringi,” katanya menerusi Facebook.

Beliau membuat penjelasan itu apabila Rafizi Ramli dilemparkan tuduhan berlakon dan cuba menagih simpati rakyat kerana cuba menunjukkan seolah-olah digari ketika dibawa ke mahkamah.

Akhirnya Wayang Rafizi Ramli Terbongkar

Malah, beberapa pemimpin politik pembangkang mengecam dan mengkritik pihak polis kerana mendakwa mengari Rafizi sedangkan beliau bukan penjenayah.

“Bertanyalah pada yang tahu dan faham prosedur dari membuat andaian atau kesimpulan yang hanya menjerumuskan kita ke lembah fitnah,” kata Saiful Izham lagi.

Rafizi Ramli direman tiga hari yang berakhir hari ini dan kemungkinan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana membocorkan maklumat yang mengaitkan 1MDB sebagai punca kelewatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membayar gratuiti kepada pesara tentera.


Silat lihat video di SINI.




1 comment:

  1. Laaa...bkn pkr jgk yg send wassup or tweeter kata fixzi kene gari...bila kantoi menipu kata sop plak...pusing...jn x pusing

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...