Monday, 11 April 2016

Akhirnya PAS Merayu Dengan Amanah Di PRN Sarawak

Akhirnya PAS Merayu Dengan Amanah Di PRN Sarawak. PAS Sarawak meminta agar Pakatan Harapan (PH) menghormati parti itu dengan tidak meletakkan calon di 11 kerusi yang ingin ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. 

Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili berkata, dalam situasi ini PKR sewajarnya mengambil peranan untuk berbincang dengan rakan komponennya terutamanya Parti Amanah Negara (PAN) agar memberi laluan kepada PAS di kerusi berkenaan, sekaligus boleh mengelakkan perpecahan undi yang akan menguntungkan Barisan Nasional (BN). 

"Dengan PAN ini, untuk makluman kita tak mengambil tahu sangat dalam kita melaksanakan strategi kita. Cuma kita nak sebut kepada parti serpihan ini, sekiranya mereka masuk ke kerusi PAS, ianya akan memecahkan undi parti pembangkang dan akan menguntungkan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan berlakunya pertindihan kerusi dengan PH selepas PAN mengumumkan akan meletakkan calon di 13 kerusi DUN pada PRN kali ini.

Walaubagaimanapun ujarnya, PAS tidak menghalang hasrat PAN untuk bertanding kerana melihat ianya amalan demokrasi, asalkan tidak berlaku pertindihan dengan kerusi PAS.

Akhirnya PAS Merayu Dengan Amanah Di PRN Sarawak

Mengulas 'kelebihan' PAS berbanding PAN, Mukhtar sekali lagi menegaskan bahawa pendekatan PAS terbuka kepada semua golongan masyarakat dan tidak terhad kepada masyarakat Islam seperti yang didakwa.     

"Walaupun PAS ini parti Islam tetapi kita adalah parti untuk semua. Sebab itu mesej kita Islam untuk semua, dan tawaran yang kita lancarkan bulan lalu adalah 'Sejahtera Untukmu Sarawak'.

"Antara yang jelas kita sebut adalah bagaimana kita ingin mempertahankan hak-hak rakyat Sarawak, kemakmuran rakyat Sarawak, sama ada dari segi kebajikan, ekonomi dan sebagainya.

"Sebab itu dari 11 calon kita, salah seorangnya adalah berbangsa Iban dan beragama Kristian," katanya.

Muhtar ketika mengakhiri perbualan dengan krew CPPnews menegaskan, "Penting untuk PAS diberi peluang bertanding di 11 kerusi tersebut kerana ia adalah permintaan akar umbi selain PAS mempunyai jentera yang lebih tersusun dan calon yang lebih berpotensi di kerusi-kerusi DUN berkenaan."

Untuk rekod, dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, PAS bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi, lapor laman web rasmi PAS (baca sini). 




2 comments:

  1. PAS merayu di dalam keadaan BIADAP... jika tak pandai menyebut nama Parti Amanah Negara dengan betul... sorrylah jika nak berkompromi... bagi buaya sajalah calon2 PAS tu.

    ReplyDelete
  2. go amanah go. uji kemampuan kamu, bertidih ke tidak jangan diambil kira. semasa prns dulu pun pas tak menang satu pun. ini bukan soal telenrasi, ini soal negara. Amanah mesti tegas untuk mentadbir. kalau pas nak merayu, merayulah pada BN. walaupun pas pembangkang, tapi tidak sehaluan dengan cita2 rakyat (PH), pas ibarat parti bebas boleh bertanding dimana2. Rakyat mahu jadi pemerentah bukan jadi yb dan makan gaji saje.
    Go Amanah Go.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...