Tuesday, 12 April 2016

Akhirnya Ketua Polis Negara Akur Dengan Dr. Zakir Naik?

Akhirnya Ketua Polis Negara Akur Dengan Dr. Zakir Naik? Selepas mengambil kira bantahan dan mendengar pendapat banyak pihak, penganjur syarahan umum Dr Zakir Naik di Melaka pada 17 April ini akhirnya bersetuju untuk menukar tajuk syarahan itu.

Jurucakap penganjur, Firdaus Wong Wai Hung berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak berkuasa untuk memilih tajuk yang sesuai dan tidak menjejaskan ketegangan agama dan kaum di negara ini.

“Kami sebagai penganjur sentiasa yakin dengan keputusan dari PDRM dan sebagai rakyat Malaysia bersedia mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Kami bersedia menukar topik dengan berbincang dengan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran program serta ingin mengalakkan dan menjemput rakyat berbilang bangsa untuk turut hadir ke program Dr Zakir Naik di Malaysia,” katanya kepada FMT.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan terbaharu dilaporkan berkata, syarahan itu boleh diteruskan jika topik perbincangan tidak menjejaskan keharmonian beragama di negara ini.

Akhirnya Ketua Polis Negara Akur Dengan Dr. Zakir Naik? 

Pemimpin politik dan NGO bukan Islam membantah syarahan Zakir Naik kerana penceramah berasal dari India itu didakwa pernah menghina agama lain.

Mereka juga mendesak kerajaan menghantar pulang Zakir Naik dan mengharamkan beliau masuk ke nagara ini. Singapura dan United Kingdom pernah mengeluarkan arahan melarang Zakir Naik masuk ke dua-dua negara itu.

Pemimpin politik Islam pula mempertahankan Zakir Naik dan menganggap arahan Khalid sebelum ini supaya syarahan umum di Melaka dibatalkan sebagai melanggar demokrasi dan kebebasan beragama di negara ini.

Mereka juga mendesak pihak yang mendakwa Zakir Naik menghina agama supaya datang ke syarahan dan berhujah secara intelektual bukan membuat serangan dari jauh, lapor Free Malaysia Today.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...